Pulau Perhentian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perhentianboy (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 1:
'''Pulau Perhentian''' mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri [[Terengganu]], sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.
 
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. IanyaIa dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari [[China]] ke [[Asia Tenggara]] seperti [[Singapura]], [[Jawa]] dan beberapa tempat di [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke [[Kuala Terengganu]].
 
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.