Sejarah dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Bot: Menggantikan Peru_Machu_Picchu_Sunset.jpg dengan Peru_Machu_Picchu_Sunrise.jpg.
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 77:
[[Pertanian]] turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan [[simbiosis]] dengan kawasan desa sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan tentera.
 
Pembangunan bandar menghasilkan secara [[etimologi]] dan juga kebangkitan tamadun itu sendiri: pertama [[Sumeria|tamadun Sumeria]], di bahagian bawah [[Mesopotamia]] (3500 SM), diikuti oleh [[Mesir Purba|tamadun Mesir]] sepanjang [[sungai Nil]] (3300 SM) dan [[Tamadun Lembah Indus|tamadun Harappan]] di [[Sungai Indus|Lembah Indus]] (3300 SM). Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat tahap tinggi. Setiap tamadun ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir pasti berasal secara berasingan. IanyaIa dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan perdagangan meluas diperkenalkan.
 
Penulisan terawal yang diketahui adalah [[skrip kuneiform]], dicipta oleh orang-orang Sumeria sejak sekitar [[abad ke-31 SM|3000 SM]]. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem [[piktograf]]. Melalui masa, lambang gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform ditulis pada kepingan [[tanah liat]], dari mana simbol dilukis dengan [[Phragmites|mensiang]] tumpul sebagai [[stilus]]. [[Abjad Zaman Gangsa Pertengahan|Abjad pertama]] digunakan pada [[Zaman Gangsa]] Pertengahan (2000-1500 SM). Darinya terbentuk [[abjad Phoenicia]], yang digunakan bagi menulis [[bahasa Phoenicia|Phoenicia]]. Abjad Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem tulisan yang digunakan hari ini.