Malapetaka Hindenburg: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: az:Hindenburq (dirijabl)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 12:
Terdapat beberapa kejadian kemalangan kapal udara sebelum Hindenburg (semuanya tidak membabitkan zeppelin), kebanyakannya disebabkan oleh [[cuaca]] buruk. Bagaimanapun Zeppelin mempunyai rekod keselamatan yang menakjubkan. Sebagai contoh, Graf Zeppelin telah terbang dengan selamatnya sejauh 1 [[juta]] batu termasuk mengelilingi [[bumi|dunia]]. Pihak Jerman mengetahui bahaya hidrogen dan telah mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang penerbangan dengan kapal udara Zepplin, termasuk mengutip semua [[pemetik api]] dan larangan merokok kecuali di dalam bilik yang dikhaskan. Syarikat Zepplin amat berbangga bahawa tiada seorang penumpang pun yang pernah tercedera ketika terbang dengan kapal udara mereka. Zepplin dianggap selamat.
 
Walau bagaimanapun, kemalangan Hindenburg menukar kesemuanya. Kepercayaan orang ramai hilang sepenuhnya apabila melihat gambaran wayang yang jelas lagi mengejutkan serta diiringi dengan rakaman bunyi secara langsung. Disebabkan lapuran yang begitu meluas, pengangkutan zeppelin terhenti. IanyaIa merupakan titik noktah kepada era [[kapal udara]] kaku gergasi pembawa penumpang.
Malapetaka ini diingati kerana lapuran berita wayang, gambar, dan rakaman [[radio]] [[Herbert Morrison]] mengenai lapuran saksi di lapangan pendaratan. Ulasan Morrison hanya disiarkan pada keesokan harinya.