The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 29:
[[Imej:Pevensie.JPG|230px|thumb|left|Adik beradik Pevensie]] Ia bermula pada [[1940]] apabila [[London]] mengalami serangan udara ketika Perang Dunia Kedua dan adik-beradik Pevensie, [[Peter Pevensie|Peter]], [[Susan Pevensie|Susan]], [[Edmund Pevensie|Edmund]] dan [[Lucy Pevensie|Lucy]] dihantar ke luar bandar ke rumah [[Diggory Kirke|Profesor Kirke]]. Puan Macready, pembantu rumah Kirke, memberikan peraturan tentang sikap mereka di dalam rumah. Suatu hari, apabila mereka bermain sorok-sorok, Lucy menjumpai sebuah almari dan memasukinya. Di sebalik pakaian wujudnya hutan bersalji di dunia ajaib yang dikenali sebagai [[Narnia]]. Dia menghabiskan masa bersama seekor faun bernama [[Tumnus]]. Tumnus memberitahunya yang Narnia mengalami musim sejuk sejak 100 tahun tanpa Krismas akibat sumpahan. Walaupun dia kelihatan ramah, dia akhirnya mengaku yang dia merancang untuk menyerahkan Lucy kepada [[Jadis|Penyihir Putih]], atas perintahnya untuk menangkap mana-mana manusia. Walau bagaimanapun. Tumnus menyukai Lucy dan kesal dengan rancangannnya lalu menunjukkan Lucy jalan pulang.
 
Apabila Lucy kembali, ianyaia seolah-olah tiada sedetik pun berlalu ketika dia di Narnia (yang mana dia fikirkan adik-beradiknya yang lain risau akan ketiadaannya), Malah mereka merungut yang mereka masih bermain sorok sorok. Lucy memberitahu yang lain tentang apa yang wujud di balik almari tetapi apabila yang lain memeriksa, ianyaia tertutup. Akibatnya, mereka tidak mempercayainya malah mengatakan yang ianyaia hanya khayalannya.
 
Dalam kejadian kedua, Edmund mengikuti Lucy ke Narnia, dan mengaku kepada Lucy yang dia bersalah kerana tidak mempercayainya. Lucy melawat Tumnus sekali lagi tetapi Edmund berjumpa dengan Penyihir Putih. Dia menawarkan Edmund manisan Turki iaitu makanan kegemaran Edmund yang muncul dengan kuasa sihir. Penyihir itu juga menawarkan kedudukan yang tinggi untuk menjadi bakal raja dengan adik-beradiknya yang lain sebagai orang suruhan. Dia meminta Edmund membawa yang lain. Kemudian, Edmund dan Lucy bertemu dan mendapati dia telah memberitahu penyihir itu tentang Tumnus yang telah berjumpa dengan Lucy. Tetapi dia tidak memberitahu Lucy tentang hal itu. Kembalinya mereka, Edmund mengecewakan Lucy yang dia tidak mengaku akan kewujudan Narnia di hadapan Peter dan Susan.
Baris 47:
Profesor menemui mereka dan bertanyakan mereka apa yang mereka lakukan. Peter berkata, ''"Tuan takkan percayakan kami jika kami memberitahu tuan."'' Lalu Profesor itu menjawab: ''"Cubalah."''
 
Selepas kredit, Lucy cuba kembali tetapi Profesor memberitahunya yang ianyaia akan mengambil masa. Apabila mereka beransur pergi, almari tersebut bersinar dan ngauman Aslan muncul…
 
==Para Pelakon==
Baris 109:
*Susan menyertai perang dan membunuh orang kerdil Penyihir yang ingin membunuh Edmund. Itulah kali kedua dan terakhir dia menggunakan panah dalam filem itu.
*Babak peperangan Peter telah dipanjangkan bagi menggantikan babak pembebasan tahanan oleh Aslan bagi menambahkan kesan epik perang.
*Apaila Edmund tenat, Lucy terus menggunakan jus bunga-api, tidak kemudiannya seperti dalam buku. Malah, ianyaia mengambil masa yang sekejap untuk sembuh berbanding dalam buku sehingga Aslan sempat mencelah.
*Pertabalan dan upacara kemahkotaan adik-beradik Pevensie telah diselitkan sekali gelaran yang diberi.
*Kehidupan mereka berempat sebagai golongan diraja hanya ketika babak mereka memburu Rusa Putih sebelum kembali ke dunia biasa. Malah, percakapan mereka tidak berubah seperti dalam buku iaitu mereka bercakap bahasa istana.
*Lucy kembali ke almari dan menjumpai Profesor lalu Profesor ragu yang Lucy dapat kembali ke Narnia lagi tapi dia masih menjangkakan yang ianyaia tidak mustahil.
 
==Pecah Panggung==