Perbezaan antara semakan "Lingkungan suara"

k
Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
k (Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia))
k (Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia))
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara [[penyanyi]]-penyanyi untuk [[genre]]-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota [[muzik]].
 
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang [[penyanyi]] [[opera]] [[lelaki]], penggunaan pic [[falseto]] tidak boleh diambil kira kerana ianyaia tidak digunakan di dalam nyanyian [[opera]]. [[Penyanyi ]] “doo-wop” [[lelaki]] dan juga [[penyanyi]] koir [[lelaki]] pula menggunakan banyak pic [[falseto]], oleh itu penggunaan nada tinggi melalui [[falseto]] ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.
 
Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang [[penyanyi]] [[lelaki ]] mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam [[falseto]].
Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam [[muzik klasikal]] ([[opera]]). Di dalam [[opera]], dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi [[muzik]] [[orkestra]] (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama [[lelaki]] dan [[perempuan|wanita]]). Oleh sebab ini, lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] [[opera]] ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa penggunaan [[falseto]], yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-[[penyanyi]] [[lelaki]] genre lain.
 
Pertimbangan untuk lingkungan suara [[penyanyi]] [[opera]] [[perempuan|wanita]] pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi [[perempuan|wanita]] yang memiliki suara yang paling tinggi ([[penyanyi]] [[soprano]]) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianyaia sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara [[penyanyi]] tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya [[penyanyi]] tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
 
[[Muzik]] [[koral]] dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan [[opera]]. Berlawanan dengan [[opera]], [[koral]] mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian [[koral]] boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian [[opera]]. Walaupun sebenarnya tidak ada [[penyanyi]] di dalam kumpulan koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan [[penyanyi]] menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
 
===Peranan di dalam opera===
[[Mezzo-soprano]] jarangkali menyanyikan peranan yang ditulis untuk penyanyi [[soprano]] seperti contoh untuk peranan Lady Macbeth, Santuzza, Isolde begitu juga sebaliknya seperti peranan Carmen, Rosina, Marina. Ini bertujuan untuk menghasilkan kesesuaian suara dalam nota muzik yang ditulis berdasarkan jenis suara. Kebiasaannya, para [[penggubah]] menerangkan jenis-jenis suara yang sesuai untuk peranan-peranan yang diberikan. Tetapi ianyaia bukanlah semudah itu, seperti contoh [[penggubah]] lagenda [[Giuseppe Verdi ]] yang tidak membezakan "[[mezzo-soprano]]" dan "[[alto]]". Penggubah-penggubah awal termasuk [[Wolfgang Amadeus Mozart]] langsung tidak membezakan kategori-kategori [[soprano]] dan menganggap [[mezzo-soprano]] sebagai [[soprano]].
 
Cara lain untuk menentukan jenis suara yang sesuai ialah jenis [[muzik]] [[ensembel]] atau [[koral]] dengan membahagikan tiga bahagian wanita seperti ([[soprano]]), [[mezzo-soprano]] ([[soprano]] 2) dan [[alto]] (atau seorang [[mezzo-soprano]]).
 
==Lingkungan suara dalam muzik popular==
Lingkungan suara dalam muzik popular kebiasaannya adalah lebih bebas dan mudah berbanding dengan [[muzik klasikal]]. Ini adalah kerana penggunaan amplikasi menjadikan ianyaia lebih mudah bagi penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular untuk menghasilkan pic [[muzik]] yang lebih rendah berbanding dengan penyanyi [[muzik klasikal]]. Warna suara yang konsisten juga kurang penting untik penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular.
 
Penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular mempunyai kebabasan penuh dalam penyampaian melodi untuk lagu-lagu mereka termasuk penggunaan [[falseto]]/''flaggelio'' yang diterima ramai oleh para pendengar dan para penyanyi sendiri. Ini termasuklah penggunaan suara dalam yang keras atau penggunaan nota ''flageolet'' (merujuk kepada register nyanyian berbisik di tahap tinggi). Pendek kata, penyanyi – [[penyanyi]] [[muzik]] popular tidak terikat dengan apa-apa piawaian di dalam nyanyian dan boleh menyampaikan lagu di dalam apa saja cara yang disukai dan diterima ramai.Walau bagaimanapun, kepentingan lingkungan suara adalah berbeza-beza di dalam muzik popular. [[Genre]] “punk” sebagai contoh kurang mengendahkan skill teknik dan lingkungan suara sama sekali. Begitu juga dengan teater muzikal yang memerlukan skill nyanyian tetapi kurang melihat kepada lingkungan suara penyanyi.
34,567

suntingan