Bahasa pengaturcaraan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: als, am, an, ast, br, bs, fa, gl, hi, ilo, is, ko, la, lb, mk, ml, nn, simple, sq, sr, su, ta, te, tg, uk, zh-min-nan, zh-yue mengubah: ca, cs, eu, ka, sv, tl, tr, zh
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 67:
Kebanyakan Bahasa menyediakan cara untuk menghimpun Struktur Data yang kompleks daripada Jenis yang sedia ada dan mengkaitkan nama kepada Gabungan Jenis yang baru ini (dengan penggunaan Array, Senarai, Longgokan, Fail).
 
Bahasa Pengaturcaraan Berorientasikan Objek membenarkan Juruaturcara menakrifkan Jenis Data yang dipanggil ''Objek''. Objek mempunyai fungsi dan pembolehubahnya tersendiri(dipanggil method, dan attribut). Sebuah aturcara yang mengandungi objek membenarkan objek bekerja secara bebas tetapi berinteraksi dengan aturcara-aturcara bawahan (sub-programs). Interaksi tersebut boleh direkabentuk, pada masa pengkodan, untuk mensimulasi interaksi objek nyata. FUngsi ini amat berguna dan intuitif(intuitive). Aturcara seperti [[Python]] dan [[Ruby (bahasa pengaturcaraan)|Ruby]] telah berkembang sebagai Bahasa Berorientasikan Objek. Bahasa ini amat mudah dipelajari dan digunakan, dan semakin popular di kalangan para juruaturcara professional, di samping ianyaia terbuka kepada pengguna bukan professional.
 
Selain daripada bila dan bagaimana perhubungan antara ekspresi dan Jenis ditentukan, terdapat juga persoalan Jenis apa yang Bahasa tersebut takrifkan, dan Jenis apa yang ia tentukan sebagai nilai ekspresi(expressed values), dan sebagai nilai bernama(denoted values). Bahasa Pengaturcaraan tahap rendah, seperti C, biasanya membenarkan aturcara menamakan lokasi memori, kawasan memori, dan pembolehubah statik masa kompil(compile-time contants), disamping membenarkan ekspresi mengembalikan nilai yang boleh dimuat di dalam daftar mesin(machine register). Bahasa ANSI C mengembangkan ciri-ciri ini, dan membenarkan ekspresi mengembalikan nilai ''struct'' juga.
Baris 81:
===Mekanisme rujukan dan guna semula===
 
Idea di sebalik ''Rujukan'' (''reference''), ialah perlunya sesuatu cara untuk menetapkan muatan storan(''storage space'') secara tidak langsung. Cara yang biasa digunakan ialah menerusi pembolehubah bernama. Bergantung dengan Bahasa, rujukan mungkin berupa penunjuk (''pointer'') kepada muatan storan lain, yang disimpan dalam bentuk pembolehubah (atau satu kumpulan pembolehubah). Serupa dengan cara penamaan storan (menggunakan penunjuk), ialah cara untuk menamakan satu kumpulan arahan. Kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan menggunakan panggilan [[Makro]], panggilan prosedur, atau panggilan fungsi, sebagai ungkapan yang mengguna nama tersebut. Penggunaan nama simbolik dengan cara ini membolehkan aturcara menjadi lebih fleksibel, selain membolehkan penggunaan semula aturcara (''reusability''). Rujukan tidak langsung kepada aturcara yang ada, atau bahagian data sedia ada, membenarkan kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan Berorientasikan Aplikasi untuk menyatukan operasi biasa seolah-olah ianyaia termasuk di dalam Bahasa Pengaturcaraan.
 
==Falsafah rekabentuk==
Baris 87:
Sempena tujuan yang disebut di atas, setiap Bahasa Pengaturcaraan telah dibangunkan menggunakan rekabentuk khas atau falsafah. Beberapa aspek ditekankan seperti, cara Bahasa menggunakan Stuktur Data, atau dengan notasi khas apakah yang menggalakkan cara penyelesaian tertentu atau menyampaikan strukturnya.
 
Disebabkan Bahasa Pengaturcaraan adalah Bahasa tak tulen/artifisil(artificial), ianyaia memerlukan disiplin yang tegas, untuk menspesifikasikan secara tepat operasi yang dikehendaki. Bahasa Pengaturcaraan tidak lari daripada ralat, bagaimanapun beban untuk mengenali dan menggunakan perbendaharaan kata khas dikurangkan dengan penggunaan pesanan bantuan yang dijanakan oleh Bahasa Pengaturcaraan. Terdapat beberapa Bahasa Pengaturcaraan yang memberi kebebasan yang lebih tinggi dengan membenarkan ubahsuaian-diri (self modification), di mana aturcara menulis semula bahagian dalamannya untuk menangani kes baru. Biasanya, hanya Bahasa Mesin, dan ahli daripada Keluarga Lisp yang menyediakan kemampuan tersebut. Beberapa Bahasa Pengaturcaraan seperti MUMPS dan Perl membenarkan pengubahsuaian terhadap Struktur Data yang mengandungi serpihan aturcara, dan menyediakan cara untuk memindahkan kawalan aturcara kepada Struktur Data. Bahasa yang menyokong Pautan Dinamik(dynamic linking) dan pemuatan (loading), seperti C, C++ dan Java, berupaya meniru (emulate) sifat ubahsuaian-diri, dengan memasukkan pengkompil kecil atau memanggil pengkompil dan memautkan kod objek yang terhasil. Penterjemahan kod dengan mengkompilnya semula dalam masa nyata dipanggil Pengkompilasi Semula Dinamik(dynamic recompilation). [[Emulator]] dan [[Mesin Maya]] mengeksploit teknik ini bagi mendapat prestasi yang lebih.
 
==Sejarah bahasa pengaturcaraan==