Gentian optik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 5:
== Kegunaan gentian optik ==
 
Gentian optik boleh digunakan sebagai perantaraan (''medium'') bagi [[telekomunikasi]] dan [[jaringan komputer]] kerana ianyaia sangat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel. Walaupun gentian boleh diperbuat daripada plastik lutsinar atau [[kaca]], gentian yang digunakan dalam telekomunikasi jarak jauh hampir selalunya menggunakan kaca, kerana penyerapan optik yang lebih rendah. Cahaya yang dipancarkan melalui gentian disimpan disebabkan [[pantulan dalam penuh|pantulan dalam penuh (''total internal reflection'')]] dalam bahan tersebut. Ini adalah ciri penting yang menyingkirkan silang isyarat antara gentian dalam kabel dan membenarkan pemasangan kabel dengan belokan dan pusingan. Dalam kegunaan telekomunikasi, cahaya yang digunakan biasanya cahaya infra, pada gelombang cahaya menghampiri penyerapan jarak gelombang minima bagi gentian yang digunakan.
 
Gentian biasanya digunakan secara berpasangan, dengan satu gentian membawa isyarat satu hala, bagaimanapun komunikasidwi arah boleh menggunakan satu utas kabel dengan menggunakan dua jarak gelombang (warna) dan peranti pengapuh/pemisah.
Baris 13:
Disebabkan ciri-ciri gentian mod tunggal sebagai pengalir cahaya yang baik, sekata dan sifat penyelerakan yang mengkagumkan, kadar data sehingga 40 [[gigabit]] sesaat adalah sesuatu yang mungkin dalam penggunaan seharian menggunakan gelombang cahaya tunggal. [[Pembahagian multiplexing jarak gelombang|Pembahagian multiplexing jarak gelombang (''Wavelength division multiplexing'')]] kemudiannya boleh digunakan bagi membenarkan lebih banyak jarak gelombang digunakan serentak dalam gentian tunggal, membenarkan seutas gentian menyalur data jalur lebar sepenuhnya dengan ukuran [[terabit]] sesaat.
 
Kabel gentian moden mampu membawa sehingga seribu gentian dalam satu kabel, dengan itu prestasi jaringan optik mampu memenuhi permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada hujung-ke-hujung dengan mudah. Bagaimanapun, potensi hujung-ke-hujung tidak ditukar kepada keuntungan beroperasi, dan ianyaia dianggarkan bahawa tidak lebih dari 1% daripada gentian optikyang dipasang pada tahun kebelakangan ini sebenarnya 'menyala'.
 
Kabel moden datang dalam pelbagai sarung dan perlindungan, direka untuk applikasi seperti ditanam secara langsung dalam parit, dipasang dalam penyalur, diikat pada tiang telefon, pemasangan dasar laut, atau diselit dalam jalan berturap. Pada tahun kebelakangan, kos kabel jumlah gentian kecil pemasangan di tiang menurun dengan banyaknya hasil permintaan tinggi oleh Jepun dan Korea Selatan untuk pemasangan Gentian ke Rumah (''Fiber to the Home (FTTH)''.