Kod sumber: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 7:
Oleh itu, kod sumber digunakan sama ada untuk menghasilkan kod objek, atau dijalankan oleh pentafsir. Pengubahsuaian tidak dilakukan kepada kod objek, tetapi pada kod sumber, dan ditukarkan sekali lagi
 
Tujuan utama lain bagi kod sumber adalah untuk gambaran [[perisian]]. Juga, kod sumber mempunyai pelbagai kegunaan. Kod sumber boleh digunakan sebagai perkakasan belajar; penulis perisian baru sering mendapati ianyaia berguna untuk meneliti kod sumber sedia ada untuk mempelajari teknik memprogram dan metodologi. Ia juga digunakan sebagai cara berkomunikasi antara penulis perisian berpengalaman, disebabkan (secara idealnya) ia tepat dan tidak kabur. Perkongsian kod sumber antara penulis perisian sering disebut sebagai faktor yang membawa kepada kematangan kemahiran memprogram. Kod sumber boleh menjadi perantaraan meluahkan artistik; perhatikan, sebagai contoh, [[kod obfuskated]] atau [http://www.perlmonks.org PerlMonks.Org].
 
Kod sumber adalah komponent penting dalam aktiviti memindah perisian kepada pelantar komputer alternatif. Tanpa kod sumber bagi perisian tertentu, pemindahan secara amnya amat sukar untuk dilaksanakan dan juga mustahil. Penulis perisian sering meminjam kod sumber dari sebahagian perisian untuk digunakan dalam projek lain, konsep yang dikenali sebagai kitaran perisian "Software reusability".