Penaklukan Empayar Aztek oleh Sepanyol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shah 88 (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 15:
Lalu, beliaupun menghantar satu perwakilan bersama-sama dengan beberapa hadiah yang bernilai dengan harapan [[emas]] tersebut boleh memuaskan Cortez. Namun, ia hanya meningkatkan nafsunya untuk menakluk Mexico. Moctezuma juga menghantar satu amaran supaya tidak meneruskan perjalanannya ke [[ibu negara]] [[Aztek]] kerana dia terpaksa melalui beberapa [[gurun]], [[gunung|gunung-ganang]] serta kawasan-kawasan yang merbahaya dan penuh dengan musuh.
Emas dan hiasan Aztek lain hanya membangkitkan nafsu orang-orang Sepanyol bagi merampas kekayaan dunia baru. Kini Cortes semakin berminat untuk meneruskan perjalanannya, lalu beliaupun mengambil langkah berani iaitu dengan membakar kesemua kapalnya kecuali satu. Ini dilakukan setelah mengirim beberapa pucuk surat dan hadiah Aztek kepada rajanya yang disanjungi, Raja [[Carlos V]]. Langkah yang drastik ini bolehlah dianggap sebagai menentang orang atasannya iaitu , Gabenor Velázquez, namun ianyaia perlu untuk memastikan kesetiaan pengikutnya supaya mereka tidak melakukan peninggalan tanpa izin.
 
Cortés memulakan perjalanannya dengan hentian pertama di [[Tlaxcala]], sebuah negeri bebas di Mexico. Pada mulanya, rakyatnya menyerang tentera Cortez tetapi terpaksa akur dengan kecanggihan senjata Sepanyol seperi [[pedang]], [[kapak]], [[kuda]] dan [[senjata api]]. Cortés kemudian membuat perjanjian dengan mereka bahawa sekiranya mereka memeluk agama [[Kristian]], mereka akan diampun dan beliau akan berusaha untuk menjatuhkan Maharaja Moctezuma, musuh ketat mereka. Tetapi jika mereka enggan bekerjasama, mereka semua akan dibunuh. Akhirnya puak [[Tlaxcaltecas]] bersetuju, dan Cortés menyambungkan perjalanannya dengan hampir 2,000 perwira Tlaxcalteca ke arah ibu kota Mexico.