Solat fardu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aviator (bincang | sumb.)
k kategori
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 20:
Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah [[ibadat]] yang paling asas dalam [[Islam]]. Penganut agama [[Islam]] percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti [[puasa]], [[sedekah]], [[zakat]], [[haji]] dan lain-lain .
 
[[Solat fardu]] wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianyaia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang [[sakit]] teruk sekali pun jika hanya [[mata]] yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat [[solat qada|qada]].
 
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan [[solat qasar|menqasar]] dan [[solat jamak|menjamakkannya]].