Pilihan raya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 1:
'''Pilihan raya''' adalah satu proses [[demokrasi]] di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di [[parlimen]]. Ia merupakan suatu mekanisme [[demokrasi]] untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan [[legislatif|penggubal undang-undang]], [[eksekutif]], [[perundangan]] dan [[kerajaan tempatan]]. Di [[universiti]], ia pula penting untuk memilih wakil [[persatuan pelajar]]. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "[[psefologi]]".
 
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu [[pilihan raya umum]] atau [[pilihan raya kecil]]. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada [[perwakilan berkadar]] (''proportional'') atau [[sistem majoriti]] (''majoritarian''). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan [[undi]] yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di [[Parlimen]] dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak [[demokrasi]]. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di [[Malaysia]] ianyaia dipantau oleh [[Suruhanjaya Pilihan Raya]].
 
== Lihat juga ==