Goda (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47:
;Burhan ([[Lash Mokhtar]]):Burhan ialah seorang pekerja syarikat pemaju hartanah yang besar. Dia kurang keyakinan diri gara-gara [[kelelumur]], dan sangat memerlukan tunjuk ajar untuk menarik perhatian wanita idamannya iaitu Adela. Untuk membantunya memikat hati Adela, dia selalu berhubung dengan M melalui blognya untuk meminta nasihat dan pertolongan berkenaan cinta, sehingga dia asyik bergantung pada pesanan M sehingga sekali dia dihampakan oleh kegagalan memikat Adela.
;Adela Razak ([[Dilla Syahirah]]):Adela ialah Pengarah Pengurusan dan juga anak tunggal kepada CEO syarikat di mana Burhan bekerja. Adela memang cerewet memilih jejaka idamannya, oleh itu tidak hairanlah dia mendapati Burhan itu lurus bendul. Apapun, Adela tetap merapatkan dirinya dengan Burhan untuk meningkatkan mutu kerja dan keyakinan diri Burhan.
;M ([[Shahredza Minhat]]):Juruhebah radio dan "Pakar" cinta yang memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta pertolongannya melalui siaran radio dan di laman [[blog]]nya. Dia tidak pernah mendedahkan identiti sebenar dirinya di khalayak umum, dan inilah yang diburu oleh Sanya agar rahsia-rahsianya terbongkar jua. Di episod terakhir, setelah lenyap seketika akibat kemalangan, M akhirnya mendedahkan wajah dirinya ke khalayak umum.
 
===Watak sampingan===