Parti Sosialis Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Parti Sosialis Malaysia''' (singkatan: '''PSM''') merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1998, namun pen...
 
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Bahagian baru - Pilihanraya
Baris 1:
'''Parti Sosialis Malaysia''' (singkatan: '''PSM''') merupakan sebuah [[parti politik]] berideologikan [[sosialisme]] di [[Malaysia]]. Parti ini ditubuhkan pada tahun [[1998]], namun pendaftaran parti ini selalu gagal sehingga [[10 September]] [[2008]] barulah berjaya didaftar.
 
==Pilihanraya==
Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 1999]], mereka menggunakan tiket [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP). Tetapi menjelang [[Pilihanraya Umum Malaysia 2004]], DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada [[Parti Keadilan Nasional]] (KeADILan). Dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 2008]], [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR) yang menggantikan KeADILan terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri [[Jelapang]] di [[negeri Perak]]. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu [[Michael Jeyakumar]] dari kawasan Parlimen [[Sungai Siput]] negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. [[Nasir Hashim]] dari kawasan DUN [[Kota Damansara]] negeri [[Selangor]].
 
[[Kategori:Parti politik]]