Perbezaan antara semakan "Noor Azizah"

53 bait ditambah ,  12 tahun lalu
==Penglibatan dan Kerjaya Seni==
Pada tahun 1965 bermulalah sejarah pembabitannya dalam dunia filem. Beliau menjadi pelakon pembantu dalam filem sulungnya iaitu ''Dayang Senandong'' arahan [[Jamil Sulong]].
Sebaik selesai filem itu, beliau ditawarkan pula [[filem Sri Andalas]] (1966) arahan [[S. Kadarisman]]. Kemudian, muncul dalam filem ketiga, [[filem A Go Go 67|A Go Go 67]] (1967). Untuk filem ini beliau ‘dinaikkan pangkat’ apabila disenaraikan sebagai pelakon utama.[[Filem A Go Go 67]] arahan [[Omar Rojik]] membariskan [[Ahmad Nesfu]], [[Aziz Jaafar]], Normah Zainal, [[S. SamsudinShamsuddin]], [[Kuswadinata]], [[Ali Fiji]], M Rafee, [[Ibrahim Pendek]] dan [[Habsah Buang]].Sejak itulah, beliau tidak menoleh ke belakang lagi terhadap dunia lakonan. Berderet filem dibintanginya.
Pada tahun 1969, Noor Azizah diberi penghormatan oleh [[P. Ramlee]] kerana diberikan dua watak dalam [[filem Enam Jahanam]] keluaran Studio Merdeka, [[Kuala Lumpur]] iaitu sebagai ''Masmera'' dan ''Mastika''. Masmera ialah isteri kepada seorang peniaga dan pendekar terkenal bernama ''Tantari'' ([[P. Ramlee]]). Turur berlakon dalam filem tersebut ialah seniman [[Yusof Latiff]] sebagai ''Damburi''.
Bagi Noor Azizah, beliau berasa bertuah kerana Tunku sudi memilihnya untuk memegang watak penting bersama [[Sarimah]], [[Zaitun Binti Abdul Hamid|Zaiton]], [[Rahmah Rahmat]] dan [[Normadiah]].
 
Apabila studio MFP''Malay Film Production'', [[Jalan Ampas]] [[Singapura]] ditutup pada lewat tahun 60-an, kerjaya seni Beliau seolah-olah terhenti kerana penghijrahan pelakon dan pengarah ke [[Kuala Lumpur]]. Beliau kemudian dilamar [[Omar Rojik]] untuk muncul dalam filem arahan pertamanya di [[Kuala Lumpur]]. Beliau yang masih menetap di [[Johor Bahru]] dipujuk oleh [[Jaafar Abdullah]] supaya menetap di Kuala Lumpur. Kebetulan, bapanya yang ketika itu pegawai polis ditukarkan ke [[Klang]]. Ini mencerahkan harapannya untuk meneruskan kerjaya seninya.
 
Menerusi Merdeka [[Studio Merdeka]] di [[Hulu Klang]], Noor Azizah muncul dalam banyak filem seperti Kembang Layu (1970) dan Durjana (1971).Selain Enam Jahanam, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam [[filem Doctor Rushdi]] (1970) dan ''Jangan Tinggal Daku'' (1971). Sebelum itu, [[Jins Shamsuddin]] menggandingkannya bersama P Ramlee dalam filem arahan pertamanya [[filem Di Belakang Tabir|Di Belakang Tabir]] (1969).Filem lain yang pernah dibintanginya ialah [[filem Perintah Seri Paduka|Perintah Seri Paduka]] (1970), [[filem Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh|Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh]] (1971), [[filem Sayang Anakku Sayang|Sayang Anakku Sayang]] (1976), Cinta & Lagu (1976) dan [[filem Pendekar|Pendekar]] (1977).
 
Selain filem terbitan tempatan, beliau pernah membintangi filem [[Thailand]] bertajuk ''Vendetta'', selain dua filem terbitan [[Indonesia]] iaitu ''Jangan Kau Tangisi'' dan ''Malim Kundang'' selain pernah muncul dalam siri TV [[Australia]], ''Bailey's Birds''.
 
Hinggalah pada era 80-an, Noor Azizah masih mewarnai dunia filem dan drama TV. Namun sejak sedekad lalu, namanya semakin sepi sehinggalah tampil semula sebagai artis undangan dalam [[filem Soal Hati]] arahan [[Othman Hafsham]] pada 2000.
650

suntingan