Pertempuran Balikpapan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
Sehari selepas pasukan Australia mengambil alih [[Gunung Malang]], lapangan terbang Sepinggang jatuh ketangan Battalion ke 14 tanpa penentangan. Brigade ke 25 menerima tentangan hebat dari tentera [[Jepun]] yang berkubu dibukit sekeliling.
 
Pada 4 Julai, walaupun ditentang hebat oleh pasukan Jepun yang bersembunyi di bukit sekeliling, pasukan Australia menawan lapangan terbang Manggar. Beberapa meriam tentera laut yang dimiliki musuh menyebabkan kerosakan besar kepada kereta kebal Australia, oleh itu pada malam itu peronda Australia menyerang dan merampas kedudukan meriam tersebut. Di Utara Brigade ke 25 sedang mara sepanjang Lebuh raya Milford berhadapan dengan tentangan sengit. Unit Australia mengalami banyak kerugian sepanjang 4 Julai dan 9 Julai.
 
Menjelang 21 Julai tentera Jepun telah berundur melalui perkampungan di Batuchampar, bertempur dengan gigih sepanjang masa. Apabila pihak musuh berundur kearah bukit pasukan Australian memutuskan untuk tidak ikut sama.
 
Perbatasan lain di operasi Balikpapan di buka di sebelah barat Teluk Balikpapan pada 5 Julai. Ia bertujuan untuk menghapuskan sebarang tentangan pihak Jepun yang mampu mengancam kapal-kapal yang memenuhi teluk tersebut. Tentangan sebenar tidak ditemui sehingga 7 Julai, dan itupun separuh hati. Batalion ke 9 mara dengan mudah dengan hanya pertempuran sekali-sekala dengan musuh.