Perbezaan antara semakan "Chamil Wariya"

6,982 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Datuk '''Chamil Wariya''' merupakan Ketua Pegawai Eksekutif [[Institut Akhbar Malaysia]] (MPI), Kuala Lumpur dan merupakan bekas pengarang urusan [[TV3]], bekas wartawan [[Utusan Melayu]] dan juga, [[Suara Rakyat]] dan [[Suara Merdeka]].
 
==Pendidikan==
{{tunas}}
* 1959-1961 Sekolah Kebangsaan Kerling, Kerling, Selangor - menduduki peperiksaan Special Malay Class.
* 1962-1964 Sekolah Jenis Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, [[Kuala Kubu Bharu]], [[Selangor]]
* 1965-1970 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Kuala Kubu Bharu (sekarang Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin, sempena bekas Orang Kaya Hulu Selangor) menduduki Malaysia School Certificate.
* 1971 menuntut sekejap di Institut Teknologi Mara (ITM) pengurusan hotel .
* 1975 mengambil peperiksaan Higher School Certificate (HSC)
* April 1976 bekerja di BBC di London sambil belajar di London School of Journalism (diploma).
* 1977 Polytechnic of Central London (PCL) (kini University of Westminter).
* 1982 Master of Arts di University of Leicester
* 1989 University of East Anglia, Norwich di England - bidang hubungan antarabangsa tajaan British Council.
 
==Bidang kewartawanan==
1971 menjadi pemberita kadet di [[Utusan Melayu]] di [[Kuala Lumpur]]. Mengikuti kursus di Asrama Dr. Latif Kuala Lumpur. Gaji permulaan RM200.00 sebulan. Pernah menerima bimbingan daripada Mohd Nor Samsuddin (ketua pemberita Utusan Malaysia) , [[Zainuddin Maidin]] (pengarang berita Utusan Malaysia) , AR Kamaluddin (ketua penyunting Utusan Malaysia) dan [[Subky Latif]] (pengarang [[Mastika]]/[[Utusan Zaman]]).
 
Ketua Pengarang Kumpulan Utusan , Tan Sri [[Melan Abdullah]] dan [[Subky Latif]] banyak membantu beliau mengenali tokoh-tokoh politik Malaysia dan luar negara seperti Tan Sri [[Senu Abdul Rahman]], Tan Sri [[Jaafar Albar]], Tan Sri [[Syed Nasir Ismail]], Tan Sri [[Khir Johari]] dan banyak lagi.
 
1972 mengikuti kursus kewartawanan dua bulan dengan South East Asia Press Centre. Pada 1974, berkursus di [[Berlin Barat]], [[Jerman]] dalam bidang penulisan pertanian dan pembangunan.
1975 berhenti dari Utusan. Beliau bersama Subky Latif dan Harun Hassan menerbitkan [[Suara Rakyat]]. Surat khabar mingguan diharamkan oleh pada Disember 1975 kerana mempertikaikan layanan baik kerajaan terhadap bekas pengganas [[komunis]] berbanding tentera yang mempertahankan negara. Suara Rakyat juga menyebelahi Tan Sri [[Jaafar Albar]] (Singa UMNO) dan [[Menteri Besar Selangor]], Dato [[Harun Idris]] yang mahu disisihkan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], [[Tun Abdul Razak]].
 
1976 bekerja dengan syarikar Amir Enterprise menerbitkan majalah [[Sarina]] (politik dan hal ehwal semasa). Amir Enterpise turut menerbitkan majalah [[Keluarga]] dan [[Kisah Cinta]] dan surat khabar mingguan [[Suara Merdeka]]. Sejak 1976 , beliau lebih menumpukan kepada penulisan buku tentang senario politik Malaysia.
 
April 1976-1982 menjadi wartawan radio di BBC, London. Kemudian 1982-1984 [[Zainuddin Maidin]] selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan melantik Chamil menjadi wakil Utusan di kota [[London]].
1984 menjadi pensyarah di [[Universiti Sains Malaysia]] di [[Pulau Pinang]] dan menjadi penulis rencana pengarang dengan [[Utusan Malaysia]]. 1990 beliau menjadi pengarang rencana Utusan Malaysia dan 1994 dinaikkan menjadi Ketua Bahagian Majalah.
 
Mulai 17 Ogos 1998, Chamil dilantik sebagai pengarang kanan (khas) di [[TV3]] ketika Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] menjadi [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] . Mulai April 1999, beliau menjadi ketua editor / pengarang urusan Divisyen Berita dan Ehwal Semasa TV3 .Kemudian menjadi pengurus besar TV3 sehingga Disember 2007.
 
1984-1998, menjadi pengacara program mingguan Wawancara, [[TV1]], kini [[RTM1]]. 1988/1989 dan 2007 menjadi penyarah sambilan di [[Universiti Malaya]] bidang kewartawanan. Kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif [[Malaysian Press Institute]] (MPI), [[Kuala Lumpur]].
 
==Cerpen 'Politik Baru YB J'==
Chamil Wariya bukanlah penulis cerpen di Malaysia. Cerpennya ini bukanlah cerpen dalam erti kata sebenar .Sebaliknya huraian senario politik perkauman di Malaysia . Tetapi cerpen yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 10 Oktober 2008 itu dianggap menggalakkan pembunuhan tokoh-tokoh politik di Malaysia. Chamil menafikan YB Joshepine sebagai [[Teresa Kok]] yang merupakan politikus kontroversi di kalangan masyarakat [[Melayu]]. Lantaran itu [[DAP]] dan [[Teresa Kok]] menyaman RM30 juta terhadap beliau dan Kumpulan Utusan.
 
==Anugerah==
# 2000 Kesateria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , [[Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah]].
# 2001 Darjah kebesaran Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah (DSA).
# 2002 Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang diPertua Negeri [[Pulau Pinang]]
# 2003 Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(gelaran Dato) dari [[Sultan Sharifuddin Idris Shah]] ,[[Sultan Selangor]] Darul Ehsan
 
==Hasil penulisan==
Hasil pergaulan dengan pelbagai tokoh politik di Malaysia dan dunia kewartawanan , membolehkan beliau menghasilkan 36 buku berkaitan politik. Beliau cukup rapat dengan semua Perdana Menteri Malaysia, bermula dari [[Tun Hussein Onn]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] dan Datuk Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]]. [[UMNO]] dan [[Utusan Melayu]] cukup dekat sekali malah menjadi suara UMNO dan orang Melayu di Malaysia. Antara karya beliau ialah :
# Dilema Pemuda UMNO (bersama Subky Latif) pada 1976 dan 1987
# Siapa Kuasa UMNO, 1987
# Politik Kompromi – satu tinjauan kerjasama Melayu-bukan Melayu, 1987
# UMNO Era Mahathir, 1988
# UMNO Baru – Sejarah dan Perkembangan awalnya, 1988
# Dasar Luar Era Mahathir, 1988
# Pergolakan Antarabangsa sejak 1945, 1989
# UMNO Sabah: Mencabar dan dicabar, 1990
# Politik dan Raja, 1990
# ZOPFAN: Mitos dan Realiti (bersama Dr. B. A. Hamzah), 1990
# Pandangan Politik Era Mahathir, 1990
# Perang Teluk – Kesan dan Pengajaran, 1990.
# Telunjuk Amerika-Soviet di Asia Tenggara, 1991
# Krisis Sultan-Menteri Besar: Apa sebenarnya terjadi, 1992
# Muhammad Muhd Taib: Dari pendidik ke pemimpin, 1994
# Suara Bicara Melayu Baru, 1995
# Pemilihan UMNO 1996: Profil, Prestasi dan Rekod Calon-calon Naib Presiden, 1996
# Perjalanan Politik PM ke-5, 2004
# Kesinambungan dan Perubahan, Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, 2004
# Naik, Jatuh dan Bangun Semula – Abdullah Badawi dan Politik Malaysia, 2005
# Dari Sungai Panjang ke Bukit Megawati, Perjalanan Politik Dr. Mohamad Khir Toyo, 2005 edisi pertama, 2005 edisi kedua
# Potret Peribadi Abdullah Ahmad Badawi, 2006
# The Survivor Meets the Challange – Abdullah Badawi and Malaysian Politics, 2006
# Endon Mahmood, Potret Srikandi Berjasa, 2006
# Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo: Kisah Hidup dan Bingkisan Perjuangan, 2006
# G. Palanivel – Perjalanan ke dunia politik, 2006
# Najib Razak 30 tahun dalam politik, 2006
# Perjuangan Membela Melayu, UMNO Selangor 1946-2006, 2006
# Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan, 2007
# 50 Ikon Bangsa , 2007
# In His Own Rights, Najib Razak and Malaysian Politics, 2007
# Penulisan Berkesan Media Cetak, Elektronic dan Web , 2008
# Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan
# The Survivor Meet the challenge
 
==Rujukan==
* [http://chamilwariya.com Chamil Wariya Website]
 
[[Kategori:Wartawan Malaysia]]
16,835

suntingan