America's Next Top Model, Musim 11: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SoulO 87 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 278:
===Now You See Me, Now You Don't===
'''''Tarikh disiarkan: [[22 Oktober]] [[2008]]
 
Kesemua peserta menerima latihan daripada adik-beradik Aswirl Twins tentang bagaimana untuk memperagakan pakaian dan aksesori dengan baik. Ia diikuti dengan cabaran di mana mereka dikehendaki untuk memakai pakaian ketat hijau untuk menyembunyikan badan mereka melalui skrin hijau ketika memperagakan pakaian rekaan Petro Zillia, dan dinilai oleh Ann Shoket. Elina dipilih sebagai pemenang cabaran dan sekaligus berpeluang untuk muncul di majalah Seventeen edisi musim cuti bersama Analeigh dan Marjorie.
 
Sekembalinya di rumah agam, Elina dan Sheena terbabit dalam pertengkaran yang berkisar sama ada Elina adalah seorang yang hipokrit kerana muncul di majalah edisi musim cuti sedangkan dia adalah seorang atheis.
 
Hari berikutnya, kesemua peserta bertemu Whitney Thompson, pemenang [[America's Next Top Model, Musim 10|Musim 10]] untuk komersil CoverGirl. Mereka diberikan 5 peluang untuk merakamkan komersil, dan mereka juga dikehendaki untuk membaca ayat mereka yang dipaparkan di skrin teleprompter. Ketika sesi komersil berjalan, Joslyn mendapati dirinya tidak sihat dan terpaksa bergelut untuk menjalani komersil tersebut.
 
Di panel, Tyra memberikan cabaran kepada para peserta untuk berjalan menggunakan kasut yang diperbuat daripada kayu, dan seterusnya mengumumkan destinasi antarabangsa musim ini iaitu [[Amsterdam]]. Namun, seorang daripada peserta akan disingkirkan terlebih dahulu. Komersil Analeigh mendapat pujian daripada Tyra dan diiktiraf sebagai komersil CoverGirl terbaik dalam sejarah rancangan ini. Sheena juga mendapat pujian di atas personalitinya yang memukau di dalam komersilnya. Namun begitu, komersil Elina mendapat kritikan kerana dia kelihatan terlalu mengawal diri dan Joslyn dimaklumkan bahawa komersilnya kelihatan palsu. Mereka ditempatkan di kedudukan dua terbawah. Joslyn diberitahu bahawa dia adalah seorang yang cekal, membuatkan dia percaya bahawa dia tidak tersingkir. Tetapi Tyra mendedahkan gambar Elina, sekaligus memaklumkan Joslyn bahawa Joslyn akan tetap cekal sungguhpun disingkirkan.
 
*'''Dua kedudukan terbawah:''' Elina Ivanova & Joslyn Pennywell
*'''Tersingkir:''' Joslyn Pennywell
*'''Pengarah komersil:''' Frank Ockenfels
*'''Penampilan istimewa:''' Whitney Thompson, James St. James, Nony Tochterman, Ann Shoket, Christian Marc, AswirlSutan, Ron Harris, TwinsRihc
*'''Top Model in Action:''' Jaslene Gonzalez ([[America's Next Top Model, Musim 8|Musim 8]])
 
Baris 422 ⟶ 430:
*Peserta yang paling banyak memenangi cabaran: '''Elina Ivanova''', 2 kali
*Peserta yang paling banyak memiliki panggilan pertama: '''Marjorie Conrad''', 2 kali
*Peserta yang paling kerap menduduki kedudukan dua terbawah secara berturut-turut: '''Joslyn Pennywell''', '''Isis King''' & '''Nikeysha Clarke''', kedua-duanya 2 kali
*Peserta yang paling banyak menduduki kedudukan dua terbawah: '''Nikeysha Clarke''', 2 kali