Ilyas bin Haji Din: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Mueiemax (bincang | sumb.)
Baris 9:
== Kerjaya ==
 
Penglibatan beliau dalam TLDM menyaksiakanmenyaksikan beliau dilantik sebagai pegawai memerintah KD Sri Selangor, KD Ganas, KD Gempita dan frigat KD Hang Tuah. Beliau juga pernah menjadi pegawai memerintah Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Seterusnya beliau dilantik menjadi Panglima Wilayah Laut I di Kuantan menyandang pangkat laksamana pertama. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke laksamana muda memegang jawatan Panglima Armada. Beliau dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Ogos 2003 dan pada 28 April 2005 dilantik pula sebagai Panglima Tentera Laut. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai panglima, beliau sentiasa menekankan aspek kualiti dan mutu kerja TLDM. Tidak hairanlah beliau digelar "Bapa Kualiti" TLDM. Ketika menjadi panglima juga beliau telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap projek [[kelas Kedah|NGPV]] yang hampir menemui kegagalan. Disebabkan jasa-jasa beliau, beliau dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk dan Panglima Setia Mahkota dengan gelaran Tan Sri oleh [[Yang di-Pertuan Agong]]. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada November 2006.