Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Hospital Queen Elizabeth''' merupakan sebuah [[hospital]] kerajaan yang terletak di [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]], [[Malaysia]]. Hospital ini dahulunya dikenali sebagai Hospital [[Jesselton]] pada apabila disiapkan pada tahun 1957. Hospital ini ditukarkan kepada nama sekarang sempena sumbangan pembangunan daripada kerajaan [[British]]. Ratu Elizabeth pernah membuat rawatan ke hospital ini pada tahun [[1971]].
 
Hospital ini dibinakan dengan blok utamanya pada akhir tahun 1970-an oleh [[Jabatan Kerja Raya]] (JKR) dan blok tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital pada tahun 1981. Blok utama tersebut merupakan sebuah bangunan 8 tingkat.
 
==Akan dipindahkan==
Pada 24 Oktober 2008, Menteri Kesihatan Datuk [[Liow Tiong Lai]] menyatakan bahawa hospital ini akan ditutup sementara waktu berikutan hasil kajian pihak konsesi iaitu Syarikat Faber Mediserve dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mendapati kerosakan serius di Blok Menara Utama dan Podium, Blok Forensik dan Rumah Boiler. Pesakit dipindahkan ke hospital lain atau ke pusat perubatan swasta.
 
[[Ketua Menteri Sabah]] , Datuk [[Musa Aman]] bersetuju memberikan tanah tapak baru yang lebih sesuai dan strategik bagi pembinaan semula hospital untuk penduduk Kota Kinabalu. Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash), Datuk Patrick Sindu mencadangkan lokasi yang sesuai ialah berhampiran dengan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu]] dan bandar [[Kota Kinabalu]] atau di kawasan sepanjang [[Lebuh raya Donggongon-Kapayan]]. Kerajaan negeri perlu memberi pampasan kepada pemilik tanah dan mendapatkannya bagi membina hospital.<ref>[http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=367658 Cash Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Sabah Tempatkan QEH Ke Kawasan Baru]</ref>
 
==Permasalahan==
* Pada 3 Jun 2007, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr [[Chua Soi Lek]] menyatakan 25 peratus pesakit dalaman di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu adalah warga asing.Ada antara mereka mengidap batuk kering, Hepatitis B, siplis dan HIV. Di hospital mereka menggunakan pelbagai kemudahan seperti bantal, kipas angin dan termos air hospital.<ref>[http://www.bernama.com.my/bernama/v3/printable.php?id=265456 Lebih 40,000 Pekerja Asing Gagal Pemeriksaan Kesihatan]</ref>
 
==Alamat==