Perbezaan antara semakan "Bahasa Tamil"

1,303 bait ditambah ,  16 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k
 
{{stub}}
 
'''Tamil''' (தமிழ் tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam famili bahasa Dravidia. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di [[India]] selatan dan [[Sri Lanka]], bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun [[1996]], bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.
 
Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi [[kesusasteraan]] yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah '''átticúdi''', kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama [[Masihi]].
 
Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் ([[IPA]]: /t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil lowercase l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi [[fonetik]], huruf ini biasanya dilambangkan oleh simbol '''retroflex approximant'''.
 
 
 
[[category:bahasa|Tamil]]
Pengguna awanama