Zaharah Kechik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pancaragam (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
[[Imej:zaharah_kechik.jpg|200px|thumb|right|'''Zaharah Kechik''']]
 
Merupakan isteri kepada Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo[http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Khir_Toyo#Menteri_Besar_Selangor]
==Kontroversi Balkis==
 
Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas [[Pakatan Rakyat]], Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi [[Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor]] (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada [[Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri]] (Bakti).
 
Percubaan membubarkan Balkis melalui [[Pendaftar Pertubuhan Malaysia]] (ROS) pada [[13 Mac]] bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri [[Abdul Khalid Ibrahim]]. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
 
==='''Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit'''===
 
Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
 
==Rujukan==
* [http://sun2surf.com/article.cfm?id=21761 RM10m gone in 3 days, The Sun]
 
[[Kategori:Isteri wakil rakyat]]