Frontpage (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 58:
===Watak utama===
;Jack Lee ([[Tony Eusoff]]):Wartawan senior yang suka menyendiri dan tidak suka mematuhi peraturan. Jack gemar membuat kerja sendirian dan dengan caranya sendiri. Dia tidak mematuhi peraturan dan benci mematuhi pihak atasan. Jack mengambil berat tugasnya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendedahkan hal sebenar kepada rakyat. Ketika Jack masih baru, dia berjanji kepada seorang dalaman syarikat gergasi untuk menerbitkan ceritanya, tetapi ceritanya ditolak oleh editornya gara-gara kekurangan bukti. Orang dalaman itu pun membunuh diri, maka dari itu Jack memendam rasa bersalah atas apa yang terjadi.
;Andrea Ng ([[Bernie Chan]]):Penyunting berita yang tegas dan adil. Selaku seorang wanita yang mengendali meja berita akhbar tersohor di negara, Andrea menyedari dirinya dibebankan kehendak awam, majikan dan wartawan. Sentiasa adanya seseorang yang tidak puas hati dengannya. Dari luaran Andrea nampak tegas, tetapi di luar kerja lemah-lembut jadinya. Andrea bercinta dengan Jack ketika baru menyertai syarikat akhbar ini, tetapi Jack sukar hendak setia kepada sesiapa pun. Andrea kini berkasih dengan Dylan, tetapi dalam hatinya dia tertanya-tanya sama ada Dylan betul-betul setia padanya atau setakat beradu dengan Jack.<br>Andrea mati di episod kesembilan akibat tembakan oleh seorang mangsa ceti haram yang iklannya tersiar dalam senaskhah akhbar ''the Voice''.
;Dylan Pereira ([[Jehan Miskin]]):Wartawan yang teratur dan menawan dan juga teman lelaki Andrea, Dylan telah memanjat tangga kejayaan langkah demi langkah. Meskipun ghairah akan tugasnya, Dylan sentiasa mematuhi peraturan dan norma, dan jelik melihat Jack terlepas dari perbuatan yang tidak beretika. Dylan masih tidak puas hati dengan kenyataan bahawa Jack dan Andrea pernah bersama, dan merasa Jack masih mengejar hati Andrea.
;Nerina Rahman ([[Cheryl Samad]]):Wartawan muda yang idealistik dan penuh rasa minat. Minatnya untuk menjadi wartawan berakar umbi pada zaman kanak-kanaknya, khususnya ketika pendedahan "ulat dalam nasi lemak" di akhbar sekolah menjadikannya wira di sekolah. Meskipun dibantah bapanya yang kaya, dia tetap menyertai akhbar untuk menewaskan yang jahat dan melindungi yang tidak bersalah. Nerina jatuh hati pada Dylan tanpa menyedari hubungan jejaka idamannya itu dengan Andrea.
;Lulu Chia ([[Nell Ng]]):Wartawan senior yang ceria tetapi tajam lidah, penanya pun lagi tajam. Kisah-kisah laporannya telah memalukan para pelakon, pereka fesyen, dan syarikat rakaman pun. Dialah yang amat digeruni persada hiburan tanahair. Lulu tidak mengendah orang mengejeknya "tak tahu malu." Lagipun, bukannya dia mereka-reka cerita, cuma setakat melaporkannya. Ketika membesar, Lulu menghadapi isu keyakinan dirinya kerana citarasa "uniknya" menjadi bahan ketawa orang di sekitarnya. Lulu menganggap jawatannya di akhbar sebagai pembalasan dan adalah menjadi tugasnya untuk menjatuhkan semua orang cantik-molek yang menyusahkan hidup orang sepertinya, iaitu orang yang berlainan.
;Rebecca Anuar ([[Nurakhtar Amin]]):Wartawan senior yang tegas, serius dan teliti. Rebecca sentiasa meluahkan nukilan minda sendiri. Dia kelihatan dingin dan angkuh, tetapi di sebalik wajah yang tegas diselubungi zaman silam yang haru-biru. Sewaktu muda, bapanya yang berketurunan Inggeris meninggalkan keluarga, lalu ibunya mengahwini seorang lain, tetapi bapa tirinya cuba merogolnya. Mencecah zaman remaja, dia lari dari rumah tetapi ditangkap balik jua. Dia pun pernah cuba membunuh diri! Akhirnya dia dihantar ke [[sekolah asrama]] untuk mengecapi kejayaan, sekaligus memutuskan hubungannya dengan ibu dan bapa tirinya.
 
===Watak pembantu===
;"Chief" (Priyadev Aravind):Ketua Penyunting ''The Voice''. Priyadev menyandang jawatan sub-editor di akhbar [[the Star]]. Watak ini tiada nama dan cuma bergelar "Chief"; mula-mulanya, watak ini diberi nama "Mr. Tan".<ref>{{cite news|author=N. Rama Lohan|title=Journalist with acting role in new TV series tells of similarities