Wikipedia:Manual gaya penulisan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Synthebot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: an, ang, ar, cy, de, et, eu, fa, fy, gl, hr, hu, ia, ka, nn, oc, pl, ru, sco, sr, th, tr, zh-yue Mengubah: es, fi, he, id, ko, sv, zh
TAHAMAS
Baris 1:
TAHAMAS GENERATION...
<!-- Nota kepada penyumbang kepada rencana ini: Kita haruslah mengekalkan "manual" ini agar ianya ringkas dan jelas. Kandungan yang terlalu kompleks (seperti table styles) dimasukkan ke dalam pautan yang lain.
-------------------------------------------------------------------->
{{jalan pintas|[[WP:MGP]]}}
{{panduan}}
 
{{gaya}}
 
'''Manual gaya penulisan''' ini bertujuan untuk mengemukakan format yang tekal supaya halaman-halaman [[Wikipedia]] bukan sahaja kelihatan lebih kurang sama tetapi juga mudah dibaca. Adalah amalan umum bagi setiap penerbit untuk mempunyai gaya khas masing-masing. Namun demikian, Wikipedia juga tidak terkecuali.
 
Oleh sebab Wikipedia merupakan '''portal masyarakat''', penyertaan semua pengguna amat dialu-alukan. Sebahagian pengguna akan susah untuk mematuhi manual gaya penulisan ini. Dalam kes tersebut, satu sistem kompromi telah disediakan.
 
Pematuhan gaya penulisan Wikipedia oleh penulis-penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Dengan kata lain, '''penyertaan anda diutamakan.''' Buat sahaja apa-apa yang anda rasa anda berupaya lakukan dan tinggalkan kepada pengguna lain yang lebih mahir untuk mengemaskinikan rencana anda. Satu daripada kelebihan portal masyarakat ialah penciptaan rencana yang cemerlang melalui kerjasama semua pengguna.
 
Peraturan-peraturan yang berikut merupakan kelaziman yang dipersetujui oleh ramai penyunting di Wikipedia induk (iaitu, [http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page Wikipedia bahasa Inggeris]). Oleh sebab ia merupakan gagasan-gagasan ramai pengguna, biasanya peraturan yang berikut adalah jauh lebih baik daripada gagasan seorang dan perlu diikuti untuk mencapai ketekalan. Bagaimanapun, peraturan ini bukanlah muktamad, dan anda boleh membuat penyimpangan jika anda mempunyai '''alasan yang kuat dan munasabah'''. Dengan kata yang lain, kebergunaan diutamakan.
 
===Bidang rencana ini===
Rencana ini menumpukan kepada '''bila''' untuk menggunakan markap-markap. Sila lihat:
* [[Wikipedia: Menyunting]]: untuk maklumat mengenai '''bagaimana''' menggunakan markap.
* [[Wikipedia: Garis panduan reka letak]]: untuk membelajari format reka letak.
 
Bagi penulisan untuk rencana semasa, adalah bagus untuk memahami [[gaya penulisan berita]] supaya dapat mengikut kelaziman rencana berita/semasa.
{{TOCleft}}
 
== Tajuk rencana ==
Jika boleh, cubalah jadikan tajuk rencana itu sebagai subjek dalam ayat pertama rencana itu dan tebalkannya dengan membubuh penanda <nowiki>'''</nowiki>
 
''Petikan dari rencana utama: [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian)]]''
 
Untuk tajuk bahagian rencana pula, gunakan kod penanda <nowiki>===</nowiki> (tajuk) untuk tajuk rencana, dan bukan penanda '''teks tebal''' (''bold'') <nowiki>'''</nowiki>. Contoh:
 
: <code>===Ini adalah tajuk bahagian===</code>
 
yang akan menghasilkan:
 
<div style="background-color: white">
: <b><font style="font-size: 120%">Ini adalah tajuk bahagian</font></b>
</div>
 
Tajuk yang ditandakan sebegini akan dimasukkan ke dalam jadual kandungan secara automatik.
Seksyen boleh dinomborkan secara automatik bagi pengguna yang memilih tatarajah tersebut dan perkataan di dalam tajuk yang ditanda dengan betul akan mendapat tangga yang lebih baik di dalam carian. Tajuk juga membantu pembaca dengan memecahkan teks dan menyusun rencana.
 
* Gunakan huruf besar untuk huruf pertama sahaja dan kata nama khas di dalam tajuk dan biarkan perkataan lain dengan huruf kecil.
* Elakkan dari memasukkan pautan ke dalam tajuk.
* Elakkan dari penggunaan tajuk-tajuk kecil yang berlebihan, contohnya sekadar untuk satu perenggan atau ayat.
 
== Keterangan gambar ==
Gambar-gambar dan hasil-hasil grafik lain perlu diberikan keterangan atau informasi, melainkan grafik tersebut tertera informasi yang terang dan jelas dimana grafik tersebut "memberi keterangan sendiri" seperti di dalam reproduksi kulit buku atau album, atau di mana grafik memberikan gambaran yang jelas mengenai subjek artikel.
 
Keterangan-keterangan gambar perlu di dalam italik, menggunakan teks biasa di mana lazimnya kelihatan teks italik.
*''Ramai orang Rusia yang lanjut umur berasa nostalgik untuk '' era ''Stalin.''
**<nowiki>''Ramai orang Rusia yang lanjut umur berasa nostalgik untuk '' era ''Stalin.'' </nowiki>
*''Al Jolson di dalam '' The Jazz Singer
**<nowiki>''Al Jolson di dalam'' The Jazz Singer</nowiki>
 
== Pautan-pautan luar ==
Wikipedia bukanlah koleksi pautan dan artikel yang hanya mengandungi pautan adalah tidak digalakkan, tetapi adalah sesuai untuk merujuk kepada bahan yang lebih terperinci dari [[Konsortium Jaring Sedunia]] (WWW). Lebih lagi apabila anda telah menggunakan sesuatu tapak web sebagai sumber maklumat penting.
 
Peraturan susunan kata (sintaksis) untuk merujuk kepada [[URL]] ialah mudah. Hanya letakkannya di dalam kurungan:
 
<nowiki>[URL teks-tak-wajib-selepas-jarak]</nowiki>
 
URL perlu dimulai dengan ''<nowiki>http://</nowiki>'' atau protokol WWW lain, seperti ''<nowiki>ftp:// atau news://</nowiki>''.
 
Lihat juga [[Wikipedia:Pautan luar]].
 
===Tajuk-tajuk pautan===
Anda boleh menambah tajuk kepada pautan luar dengan memberi teks selepas URL yang dipisahkan dengan jarak. Contohnya, ini ialah URL kosong:
:<nowiki>[http://www.wikipedia.org ensiklopedia sumber-terbuka]</nowiki>
 
Sekarang satu tajuk telah ditambah:
:[http://www.wikipedia.org ensiklopedia sumber-terbuka]
 
Separuh URLs adalah hodoh dan tidak memberi apa jua maklumat; dalam kes itu, lebih sesuai memaparkan tajuk yang bermakna daripada memberi URL. Sebagai contoh:
 
:[http://www.esa.int/export/esaCP/index.html tapak web Agensi Angkasa Eropah]
 
ialah lebih mesra-pembaca dari
 
:http://www.esa.int/export/esaCP/index.html
 
dan jika URL ''dipaparkan'', jadikannya mudah supaya memberi halaman yang dikehendaki, misalnya, alihkan index.html
 
"Versi cetak" sesuatu halaman memaparkan dengan penuh kesemua URL, termasuklah URL yang diberikan tajuk, jadi tiada maklumat yang hilang.
 
===URL sebagai nota kaki===
Tanpa teks tak wajib, rujukan luar muncul sebagai nota kaki: Contoh,
 
:<nowiki>[http://www.wikipedia.org]</nowiki>
 
dipaparkan begini:
 
:[http://www.wikipedia.org]
 
===Posisi di dalam rencana===
Bentuk ini boleh digunakan untuk memasukkan rujukan URL dalam talian ('''inline''') di dalam teks apabila perlu. Contoh:
 
:<nowiki>Satu contoh baik komuniti bekerjasama dalam talian ialah [http://www.wikipedia.org Wikipedia, ensiklopedia sumber terbuka]. </nowiki>
 
dipaparkan demikian:
 
:Satu contoh baik komuniti bekerjasama dalam talian ialah [http://www.wikipedia.org Wikipedia, ensiklopedia sumber terbuka].
 
Namun di dalam kebanyakan kes, lebih baik pautan-pautan luar dikumpulkan di penghujung rencana di bawah kepala:
:<nowiki>==Pautan luar==</nowiki>
 
Seperti mana kepala-kepala tangga atas, dua tanda kesetaraan (''equals signs'') perlu digunakan untuk tokokan kepala pautan luar (lihat ''Gaya tajuk bahagian'' di atas).
 
===Tapak-tapak bahasa asing===
Di dalam kebanyakan keadaan, adalah tidak berfaedah untuk menyenaraikan URL ke halaman-halaman web di dalam bahasa yang lain dari Inggeris di bawah '''Pautan luar'''. Namun, jika anda berasa yang ianya perlu, masukkan URL tetapi gambarkan bahasa tapak tersebut di dalam parentesis selepas senarai. Contoh:
 
*[http://www.elpais.es ''El País''], akhbar dari Madrid (di dalam bahasa Sepanyol)
 
'''Nota:''' Buat masa ini, tanpa tanda kurungan, URL dipaparkan sebagaimana ia ditulis:
* http://www.wikipedia.org
**<nowiki>http://www.wikipedia.org</nowiki>
 
Ciri ini mungkin hilang di dalam pelepasan masa hadapan dan di dalam kes-kes di mana anda ingin memaparkan URL kerana ia merupakan maklumat penting, adalah lebih baik jika bentuk pendek URL digunakan sebagai teks tak wajib (''optional text''):
 
*[http://www.wikipedia.org www.wikipedia.org]
**<nowiki>[http://www.wikipedia.org www.wikipedia.org]</nowiki>
 
===Jenis fail===
Jika pautan itu tidak kepada fail html, tetapi kepada fail yang misalan jenisnya pdf atau jpg, nota yang boleh membantu pembaca membuat keputusan sama ada hendak membuka atau memuat turun fail terdahulu adalah diutamakan.
 
===Saiz fail===
Jika pautan itu kepada fail yang besar (di dalam kes html: termasuk imej-imej) satu nota mengenai hal itu adalah berguna. Seseorang dengan hubungan perlahan mungkin memilih untuk tidak menggunakannya (pautan).
 
==Pautan-pautan bebas==
Penggunaan pautan yang digelar "pautan-pautan bebas" ke topik-topik lain, misalnya, <nowiki>[[George W. Bush]]</nowiki>, adalah digalakkan. Gunakan pautan-pautan untuk kesemua perkataan dan istilah-istilah yang terdapat di rencana anda di mana membaca rencana yang dipautkan itu berfaedah. Namun, jangan keterlaluan. Jangan pautkan setiap perkataan; hanya memautkan perkataan pada kali pertama ianya muncul di dalam rencana sudah memadai.
 
Pautan-pautan yang mengikut [[Wikipedia:Cara pemilihan nama|cara pemilihan nama]] Wikipedia berkemungkinan besar akan membawa kepada rencana-rencana yang wujud, dan, jika tiada rencana, akan membuatkan pengwujudan artikel yang dinamakan dengan betul lebih mudah bagi penulis-penulis yang kemudian.
 
Pautan perkataan-perkataan yang tidak sama dengan tajuk rencana yang dipautkan boleh dilakukan, <nowiki> [[bahasa Melayu|BM]] </nowiki> misalnya. Namun pastikan adalah jelas apa yang dirujukkan oleh pautan tanpa perlu mengikut pautan tersebut. Apabila membuat perkataan jamak (''plurals''), lakukan <nowiki>[[language]]s</nowiki>. Ini lebih jelas untuk dibaca di dalam bentuk wiki dari <nowiki>[[language|languages]]</nowiki> -- dan lebih senang untuk ditaip.
 
Cuba buat pautan yang persis. Jika sesuatu rencana yang anda ingin pautkan tidak wujud, lakukan pencarian pantas untuk memastikan yang itu keadaan sebenar; rencana itu mungkin mempunyai nama yang berlainan dari yang anda harapkan.
 
Jangan gunakan "klik di sini" sebagai teks untuk sesuatu pautan - ia tidak memberi apa-apa maklumat. Teks pautan haruslah subjek perkara yang dipautkan itu.
 
==Gelaran jawatan==
Gelaran jawatan seperti "presiden", "raja" atau "maharaja" ditulis dengan huruf besar sewaktu diguna sebagai gelaran, tetapi ditulis dengan huruf kecil sewaktu diguna secara umum; umpamanya, "Presiden Bush", bukannya "presiden Bush". Bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan nama rasmi untuk jawatan, ia dianggap sebagai kata nama khas; umpamanya, Bush adalah Presiden Amerika Syarikat, bukannya "Bush adalah presiden Amerika Syarikat. Serupanya, "Louis XVI adalah raja untuk negara Perancis, tetapi "Louis XVI adalah Raja Perancis" kerana "Raja Perancis merupakan gelaran jawatan dalam konteks ini. Sebegitu juga bagi jawatan-jawatan bersejarah: "Maximilian adalah maharaja untuk Mexico dari tahun X hingga Y". "Maximilian adalah Maharaja Mexico dari tahun X hingga Y". (Rujukan: [[Manual Gaya Chicago]] edisi ke-14, perenggan 7.16; [http://www.guardian.co.uk/styleguide/page/0,5817,184841,00.html Manual Gaya Guardian], kata kunci "gelaran-gelaran".) Pengecualian kemungkinan akan tertimbul untuk jawatan-jawatan tertentu.
 
Ingatlah bahawa dalam kes 'perdana menteri', kedua-dua huruf pertama harus mengguna huruf besar ataupun huruf kecil bersama-sama, kecuali kalau ayat bermula dengan 'perdana'. Sama juga, sekiranya perkataan 'perdana menteri' diguna secara am, gelaran jawatan harus bermula dengan huruf kecil. Apabila rujukan dibuat ke atas jawatan yang tertentu, huruf besar biasa dipergunakan; umpamanya, "terdapatnya ramai perdana menteri di seluruh dunia", akan tetapi "Perdana Menteri Britain, Tony Blair, hari ini berkata..."
 
==Penggunaan tanda baca==
Dalam kebanyakan kes, gunalah peraturan tanda baca untuk Bahasa Melayu. Beberapa perkara yang mungkin berlainan dihuraikan disini.
 
Walaupun ini bukan peraturan muktamad, adalah baik sekiranya anda menggunakan "tanda petikan berganda" untuk hampir kesemua petikan kerana ia lebih mudah dibaca dari skrin, dan 'tanda petikan tunggal' untuk "petikan" 'dalam' petikan. Ini merupakan gaya Amerika.
 
Bagaimanapun, perhatikanlah bahawa masalah tanda petikan tunggal akan timbul ketika anda melakukan carian dengan kemudahan [[Wikipedia:Searching|Wikipedia:Pencarian]]. Anda boleh mencari perkataan anda hanya jika anda mengurungkan perkataan yang dicari dengan tanda petikan tunggal. Oleh sebab ini tidak elok, ini merupakan alasan tambahan untuk menggunakan tanda petikan berganda. Kemungkinan ada baiknya juga untuk menggunakan tanda petikan berganda untuk petikan dalam petikan.
 
Sewaktu membubuhkan tanda bacaan pada petikan, bubuhkanlah pada tempat yang betul, iaitu di dalam ataupun di luar tanda petikan, mengikut maksud, '''bukan'' sentiasa dalam tanda petikan. Ini merupakan gaya British. Contohnya:
 
: Arthur mengatakan bahawa keadaan itu "buruk". ''(Pemetikan sebahagian ayat)''
: Arthur berkata, "Keadaan itu buruk." ''(Pemetikan ayat penuh)''
 
Ingatlah bahawa jika anda memetikkan beberapa perenggan, setiap perenggan harus mempunyai tanda petikan pada permulaannya, tetapi hanya perenggan terakhir akan mempunyai tanda petikan pada akhir perenggan.
 
Untuk ketekalan serta untuk mengelakkan keadaan yang rumit, gunakanlah tanda petikan dan koma atas yang lulus sahaja:
: ' "
bukan yang melengkung ataupun "tanda terbalik":
: &#8216; &#8217; &#8220; &#8221; `
 
Jika anda menampal teks daripada [[Microsoft Word]], jangan lupa mematikan ciri "smart quotes". Nyahtandakan ciri dalam ''AutoEdit'' serta ''AutoEdit during typing''! [http://www.ucar.edu/communications/thisweek/announcements/post/ascii.html]
 
==Gaya sains==
* Sila lihat [[Wikipedia: Istilah teknikal dan takrif]]
* Bagi [[unit]] ukuran, gunakanlah unit [[SI]]; lihat juga [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (Tarikh dan nombor)]]
* Dalam rencana mengenai [[bahan kimia]] dan [[kimia]], gunakanlah nama [[IUPAC]] untuk bahan kimia sekiranya boleh, kecuali dalam tajuk rencana yang mana nama umum harus digunakan, jika berbeza, diikuti oleh nama IUPAC.
* Dalam kumpulan [[jadual berkala]], gunakanlah nama IUPAC yang ''baru'', iaitu yang menggunakan [[angka Arab]], bukannya huruf atau [[angka rumi]].
* Untuk [[matematik]] dan [[formula matematik]], sila lihat [[Wikipedia:WikiProject Mathematics|Matematik WikiProjek]]
 
==Bahagian "Lihat juga" dan "Topik berkaitan"==
Jika rencana pendek sahaja dan tidak mempunyai tajuk bahagian, rujukan informal ke rencana-rencana yang berkaitan (jika rencana-rencana tersebut tidak dipautkan melalui teks halaman) disyorkan pengendaliannya dibuat melalui <nowiki>''Lihat juga'':</nowiki>, dengan dua pasang tanda koma terbalik yang tunggal, umpamanya:
 
:<nowiki>''Lihat juga'': [[Malaysia]], [[Perdana Menteri]]</nowiki>
 
yang menghasilkan
 
<div style="background-color: white">
:''Lihat juga'': [[Malaysia]], [[Perdana Menteri]]
</div>
 
Jika rencana terlalu panjang serta mengandungi tajuk bahagian dan jika "Lihat juga" merujuk kepada rencana yang seluruh (bukannya, sebahagian), ia harus menjadi tajuk bahagian peringkat kedua supaya dipaparkan dalam [[jadual kandungan]]. Bahagian "Lihat juga" harus diletakkan sebelum bahagian "Pautan luar". Jangan tambahkan pautan dalam bahagian "Lihat juga" jika ia telah dipautkan dalam teks rencana.
 
: == Lihat juga ==
: * <nowiki>[[Malaysia]]</nowiki>
: * <nowiki>[[Perdana Menteri]]</nowiki>
 
yang akan dipaparkan seperti berikut:
<div style="background-color: white;">
<b><font style="font-size:120%">Lihat juga</font></b>
* [[Malaysia]]
* [[Perdana Menteri]]
</div>
 
Kekadangnya, rujukan juga boleh dibuat secara formal:
<div style="background-color: white;">
<b><font style="font-size:120%">Topik-topik berkaitan</font></b>
*[[Ekspresionisme]]
*[[Kubisme]]
</div>
 
Kadang-kadang, adalah baik jika terdapat rujukan silang yang eksplisit di dalam teks; umpamanya, sewaktu sebahagian teks yang panjang telah dialihkan ke rencana lain. Pada kes-kes tersebut, sila gunakan teks '''tebal''' untuk pautan supaya kepentingannya lebih mudah dikesan. Umpamanya:
: Keadaan yang sah mengenai penyunatan berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara (lihat '''[[Taraf yang sah untuk penyunatan]]''').
 
(Lihat '''[[Wikipedia:Bahagian]]''').
 
==Penjadualan yang sederhana==
Garis yang bermula dengan ruang kosong akan menghasilkan fon yang mempunyai lebar yang tetap. Ciri ini boleh digunakan untuk membuat jadual yang sederhana, umpamanya:
 
makanan kamera ikan
bas kucing komputer
 
Garis yang bermula dengan ruang kosong tetapi tidak mengandungi apa-apa akan menjadi baris kosong. Ini boleh menyebabkan kekeliruan jika ada menciptanya tanpa sengaja.
 
(Jika anda adalah jurutaip yang suka menggunakan dua ruang kosong selepas tanda titik, anda boleh menghasilkan garis kosong tanpa sengaja sekiranya ruang kosong itu menjadi huruf pertama bagi garis yang berikutan.)
 
 
 
==Perkataan sebagai perkataan==
Condongkan perkataan sewaktu ia dirujuk dalam ayat, dan bukan digunakan secara biasa; begitu juga untuk huruf.
* Istilah ''pawagam'' berasal dari ''panggung wayang gambar''
** <nowiki>Istilah ''pawagam'' berasal dari ''panggung wayang gambar''</nowiki>
* Huruf ''A'' merupakan huruf yang sering digunakan dalam Bahasa Melayu.
 
==Manual gaya Wikipedia yang terperinci==
===Biografi===
Untuk '''biografi''', sila lihat [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (biografi)]].
 
===Menyebut sumber-sumber===
Sila lihat [[Wikipedia:Menyebut sumber-sumber]].
 
===Tarikh, nombor, ukuran===
Sila lihat [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (tarikh dan nombor)]].
 
===Tajuk bahagian===
Sila lihat[[Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian)]].
 
===Pemautan ke projek-projek saudara===
Sila lihat [[Wikipedia:Projek-projek saudara]].
 
===Senarai===
Sila lihat [[Wikipedia:Senarai]].
 
===Cara pemilihan nama===
Sila lihat [[Wikipedia:Cara pemilihan nama]].
 
===Nama khas===
Sila lihat [[Wikipedia:Nama khas]].
 
===Tajuk bahagian===
Sila lihat [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian)]].
 
== Lain-lain ==
===Jika semua gagal===
Jika anda mempunyai satu isu halus, silalah gunakan sumber lain seperti ''[[The Chicago Manual of Style]]'' (terbitan [[University of Chicago Press]]) atau sumber-sumber [[Dewan Bahasa dan Pustaka]]. Jika laman ini berbeza dengan sumber-sumber tersebut, sila ikuti laman ini, tetapi janganlah takut untuk menambah pada laman ini atau membincangkannya di laman perbualan.
 
Adalah lebih mudah jika anda melihat pada mana-mana rencana yang anda suka dan perhatikan bagaimana ia ditulis. Lihat di mana dan bagaimana mereka menggunakan penanda serta gaya bahasa mereka. Hampir semua rencan boleh diperbaiki, mungkin ada boleh membetulkan/menambah penanda supaya ia lebih mengikut gaya Wikipedia.
 
===Jangan banyak hiasan===
Adalah lebih senang untuk anda dan orang lain untuk memahami rencana jika ia tidak ditanda berlebih-lebih. Walaupun dengan penanda-penanda yang diusulkan di sini, anda tidak boleh menganggap sebarang penanda yang anda bubuh akan kelihatan seperti yang sepatutnya apabila dipaparkan.
 
Lebih mudah untuk memaparkan Wikipedia, menyunting atau menambah rencananya jika penandanya tidak begitu rumit, sekadar cukup untuk memaparkan maklumat dalam bentuk yang berguna dan mudah difahami. Tujuan utama kita ialah ensiklopedia yang berguna, dan kemudian adalah sesuatu yang mudah disunting dan diselenggara.
 
Ini bermakna kurangkan penggunaan penanda HTML kecuali jika ada sebab yang bagus.
 
===Isu-isu format===
Isu-isu format seperti saiz fon, jarak kosong, dan warna merupakan isu-isu seluruh tapak Wikipedia [[Gaya sunting melata|gaya sunting melata]] (''cascading style sheet'') dan tidak seharusnya ditangani di dalam rencana-rencana melainkan di dalam kes-kes tertentu. Jika sebagai misalan anda berasa fon-fon tajuk bahagian terlalu besar atau seharusnya terdapat jarak di bawah tajuk bahagian, ini merupakan isu-isu yang berkaitan dengan gaya sunting, bukan tokokan rencana.
 
===Sembunyikan komen===
Elakkan daripada menyatakan dengan terang bahawa sesuatu rencana itu belum habis dan perlu diperbaiki lagi. Sama juga, tiada kegunaan pada pembaca untuk melihat tajuk bahagian dan jadual tanpa isi.
 
Jika anda mahu menyampaikan sesuatu kepada penyunting lain, sembunyikan komen anda dengan menggunakan penanda <code>&lt;!--</code> dan <code>--&gt;</code>.
 
Contohnya, komen ini
 
<code>hello &lt;!-- Ini adalah komen. --&gt; dunia<br/></code>
 
dipaparkan sebagai:
 
<div style="background-color: white">
: hello <!-- Ini adalah komen. --> dunia </div>
 
Jadi komen tersebut cuma boleh dilihat dengan melihat sumber HTML atau wiki.
 
== Lihat juga ==
Untuk maklumat lanjut, adalah baik jika dokumen-dokumen ini dibaca dan difahami:
 
''Nota kepada penyumbang kepada halaman ini: Kita perlu memeriksa kesemua ini dan pastikan mereka dikemaskini.''
 
*[[Panduan gaya penulisan]] secara umum
*[[Wikipedia:Selamat datang, pengguna baru |Selamat datang, pengguna baru]] ialah pengenalan lembut kepada dunia Wikipedia.
*[[Wikipedia:Berani dalam mengemaskini laman|Berani mengemaskini laman]] menyatakan sikap dalam mengemaskini laman.
*[[Wikipedia:Polisi dan garis panduan|Polisi dan garis panduan]] ialah hentian utama untuk polisi-polisi dan garis-garis panduan.
*[[Wikipedia:Kesalahan biasa Wikipedia|Wikipedia faux pas]] memberikan senarai kesilapan umum yang biasa dilakukan dan cara mengelaknya.
*[http://www.piclab.com/cgi-bin/wiki.pl?Notes_On_Writing_Style Nota Lee mengenai gaya penulisan] mengandungi nasihat seorang ahli Wikipedia mengenai penggunaan bahasa yang baik.
*[[Wikipedia:Polisi menyunting]] mempunyai lebih banyak lagi panduan menyunting.
*[[Wikipedia:Bagaimana menyunting laman]] menceritakan cara-cara menyunting.
*[[Rencan stub yang sempurna]] menunjukkan taraf yang minimum untuk memulakan sebuah rencana baru.
* [[Wikipedia:Sejarah]]: garis panduan gaya untuk rencana sejarah
* [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (rencana mengenai Jepun)|Manual gaya penulisan untuk rencana mengenai Jepun]]
* [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (rencana mengenai China)|Manual gaya penulisan untuk rencana mengenai China]]
 
==Pautan luar==
* [http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/panduanpenulisan/ppenulisan.cgi?id=ppsyarahan Garis Panduan Penulisan oleh Universiti Teknologi Malaysia]
 
{{Polisi dan garis panduan Wikipedia}}
[[Kategori: Garis panduan gaya penulisan| ]]
 
[[ang:Wikipedia:Manual of Style]]
[[ar:ويكيبيديا:دليل الأسلوب]]
[[an:Wikipedia:Normas d'estilo]]
[[id:Wikipedia:Pedoman gaya]]
[[zh-min-nan:Wikipedia:Siá-chok ê kui-hoān]]
[[ca:Viquipèdia:Llibre d'estil]]
[[cy:Wicipedia:Arddull]]
[[da:Wikipedia:Stilmanual]]
[[de:Wikipedia:Wie gute Artikel aussehen]]
[[et:Vikipeedia:Vikipeedia reeglid]]
[[en:Wikipedia:Manual of Style]]
[[es:Wikipedia:Manual de estilo]]
[[eo:Vikipedio:Stilogvido]]
[[eu:Wikipedia:Estilo gida]]
[[fa:ویکی‌پدیا:شیوه‌نامه]]
[[fr:Wikipédia:Conventions de style]]
[[fy:Wikipedy:Stikken skriuwe yn Wikipedia-styl]]
[[ga:Vicipéid:Lámhleabhar Stíle]]
[[gl:Wikipedia:Libro de estilo]]
[[ko:위키백과:편집 지침]]
[[hr:Wikipedija:Stil]]
[[ia:Wikipedia:Manual de stilo]]
[[it:Aiuto:Manuale di stile]]
[[he:ויקיפדיה:מדריך לעיצוב דפים]]
[[ka:ვიკიპედია:სტილის სახელმძღვანელო]]
[[hu:Wikipédia:Formai útmutató]]
[[ja:Wikipedia:スタイルマニュアル]]
[[no:Wikipedia:Stilmanual]]
[[nn:Wikipedia:Stilmanual]]
[[oc:Wikipèdia:Convencions d'estil]]
[[pl:Wikipedia:Styl - poradnik dla autorów]]
[[pt:Wikipedia:Livro de estilo]]
[[ro:Wikipedia:Manual de stil]]
[[ru:Википедия:Оформление статей]]
[[sco:Wikipedia:Style Haundbeuk]]
[[sk:Wikipédia:Štylistická príručka]]
[[sl:Wikipedija:Slogovni priročnik]]
[[sr:Википедија:Приручник стила]]
[[fi:Ohje:Tyyliopas]]
[[sv:Wikipedia:Stilguide]]
[[ta:விக்கிபீடியா:நடைக் கையேடு]]
[[th:วิกิพีเดีย:คู่มือในการเขียน]]
[[vi:Wikipedia:Cẩm nang về văn phong]]
[[tr:Vikipedi:Biçem el kitabı]]
[[zh-yue:Wikipedia:風格指南]]
[[zh:Wikipedia:格式手冊]]