Jahiliah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: it:Jahiliyya
Jahiliah
Baris 1:
Jahiliah diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu jahala yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
{{unreferenced|date=Julai 2008}}
Dari segi bahasa, '''jahiliyah''' merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah '''Masyarakat Jahiliyah''' di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi [[akhlak]] dan [[sosial]]. Menurut ayat [[al-Quran]] yang bermaksud:
 
:''"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) [[Allah]] bagi orang yang yakin..."'' ([[Surah al-Maa’idah]]:50)
Ayat tersebut menyatakan bahawa istilah Jahiliyah itu membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliyah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat [[Arab]] ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak.
 
Walaubagaimanapun pengertian Jahiliyah telah disalah ertikan oleh golongan [[orentalis]] barat menyatakan masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. Mereka menjadikan zaman kerajaan [[Saba’]] sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Sebenarnya, keadaan masyarakat jahiliyah bermula apabila runtuhnya ketamadunan tersebut. Golongan ini juga menyatakan bahawa masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.
 
=Permulaan=
Permulaan zaman Jahiliyah tidak ditentukan permulaannya. Tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod bertulis mahupun bukti artifak yang menunjukkan bila zaman Jahiliyah bermula. Hanya [[al-Qur'an]] menyatakan zaman tersebut adalah sebelum Islam iaitu zaman sebelum turunnya Al-Quran. Namun, maksud ayat-ayat Al-Quran menunjukkan zaman tersebut adalah seperti berikut:
 
* Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.
* Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.
* Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
* Masyarakatnya jahil dan tidak boleh membaca dan menulis.
 
Jika dilihat dari segi sejarah masyarakat Arab, zaman Jahiliyah ialah selepas zaman keruntuhan kerajaan Saba’ atau lebih tepat lagi selepas runtuhnya [[Empangan Ma'arib]] pada abad ke-3 Masihi. Pada zaman tersebut, tiada seorang nabi yang diutuskan dan tiada kitab suci diturunkan di kalangan masyarakat Arab. Pada ketika itu juga, pembangunan dan ketamadunan fizikal yang melambangkan ketinggian peradaban yang tinggi tidak didirikan. Pada zaman inilah berlakunya keruntuhan dari semua aspek kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
 
==Politik==
Pada zaman Jahiliyah, tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil. Keadaan politik orang Arab Jahiliyah tambah tergugat dengan pengaruh kuasa penjajah di utara Semenanjung Arab yang dikuasai kerajaan [[Rom]] dan [[Parsi]]. Di bahagian selatan pula, oleh kerajaan Habsyah-Rom dan Parsi. Kawasan tengah seperti [[Makkah]], walaupun tidak dijajah tetapi menerima kesan buruk penjajahan tersebut.
 
Keadaan ini dapat dilihat melalui peperangan al-Fijar yang berlaku pada bulan yang diharamkan berperang di antara kaum Quraisy dengan penduduk Hirah yang pada ketika itu bernaung dibawah kerajaan Parsi. Begitu juga dengan serangan [[tentera bergajah]] dari [[Yaman]] yang disokong oleh kerajaan Rom ke atas kota Mekah.
 
==Ekonomi==
Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas runtuhnya empangan Ma’arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru. Keadaaan sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk berdagang. Walau bagaimanapupn, perdagangan yang dijalankan tidak menguntungkan kerana terdapat banyak pergolakan politik, ancaman dan tekanan pihak Parsi dan Rom serta kabilah-kabilah Arab lain. Peperangan al-Fijar adalah antara yang memberi kesan kepada ketidakstabilan politik, menyebabkan pedagang dari Hirah diserang dan berlakunya peperangan.
 
Akibat dari kekurangan sumber pertanian berikutan pecahnya empangan Ma’arib, Kerajaan Himyar pada ketika itu cuba mendapatkan sumber ekonomi baru melalui penaklukan. Pada peringkat awal penaklukan mereka berjaya memperolehi hasil yang banyak. Tetapi pada tahun 300 Masihi, tekanan dari luar dan penduduk tempatan telah mengurangkannya. Pada tahun 534 Masihi, kerajaan Himyah telah kalah kepada tentera Habsyah dan tentera Parsi.
 
Puak [[Habsyah]] pada ketika itu pula begitu ghairah meluaskan penaklukan mereka ke bahagian utara dan melakukan serangan ke atas kota [[Makkah]]. Walau bagaimanapun, percubaan ini gagal. Keadaan ini menyebabkan hubungan perdagangan antara [[Yaman]] dan [[Syria|Syam]] terjejas dan ini memberi impak kepada kota Makkah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara kedua-dua negara tersebut. Hubungan antara Yaman dan Hirah juga terputus kerana Hirah berada dalam kekuasaan kerajaan Parsi manakala Yaman di bawah kekuasaan Habsyah yang merupakan rakan karib kerajaan [[Rom]], musuh kerajaan [[Parsi]].
 
Kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah kuasa besar ini memberi tekanan kepada puak [[Quraisy]] Makkah dan mereka cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan kaum [[Arab Badwi]]. Ini menyebabkan puak Badwi bertindak balas dengan melakukan rompakan ke atas kafilah pedagang Quraisy. Keadaan masyarakat di kota Makkah sendiri telah wujud permusuhan antara golongan kaya dan miskin. Keadaan menjadi huru hara ini sedikit sebanyak mengganggu proses pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.
 
==Agama dan Akhlak==
Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
 
Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan kepercayaan [[animisme]]. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.
 
Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.
 
==Ilmu Pengetahuan==
 
Masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan, namun kepandaian tersebut tidak cukup untuk meletakkan mereka sebagai satu bangsa yang bertamadun kerana tamadun sesebuah bangsa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah dari aspek moral dan akhlak.
 
Pada zaman tersebut penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Kebanyakan orang Arab pada ketika itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis, hanya seramai 17 orang sahaja yang yang menguasai bidang tersebut.
 
Aktiviti penyebaran ilmu pada ketika itu adalah amat terbatas disebabkan golongan pedagang dari luar berbangsa Rom dan Parsi lebih menumpukan perhatian kepada mencari keuntungan dari hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu. Oleh kerana ramai yang tidak tahu membaca dan menulis mereka
 
==Lihat juga==
*[[Puisi Arab]]
 
[[Kategori:Frasa dan kata Arab]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Istilah Islam]]
 
[[ar:جاهلية]]
[[id:Jahiliyah]]
[[da:Jahiliya]]
[[de:Dschahiliyya]]
[[en:Jahiliyyah]]
[[es:Jahiliyyah]]
[[fr:Jahiliya]]
[[it:Jahiliyya]]
[[he:קדם אסלאם]]
[[hu:Dzsáhilijja]]
[[nl:Jahiliyya]]
[[ja:ジャーヒリーヤ]]
[[pl:Dżahilijja]]
[[pt:Jahiliyyah]]
[[ru:Джахилия]]
[[sv:Jahiliya]]
[[zh:賈希利耶]]
[[szl:Džahilijja]]