Fizik nuklear: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
* membekalkan kemajuan-kemajuan teknologi.
 
Teori nukleus tidak dapat difahami dengan tepat disebabkan nukleus terdiri daripada banyak zarah ([[meson]], serta proton dan neutron) yang tidak cukup besar untuk diperihalkan secara berkala, sebagaimana dengan [[kristal]]. Oleh itu, "model-model nuklear", baik secara berasingan mahupun secara bergabung, yang dapat menghuraikan kebanyakan tindakan nuklear telah digunakan. Tiga daripada empat jenis [[Daya (fizik)|daya asas]] memainkan peranan yang penting dalam nukleus, iaitu [[daya nuklear kuat]], [[keelektromagnetan]], dan pada skala masa yang lebih panjang, [[daya nuklear lemah]].
 
Nukleus disatukan oleh tindakan-tindakan bersaling kuat (kebanyakannya melalui pertukaran [[pion]]), tetapi penolakan elektromagnet bagi proton bercas positif cenderung memecahkannya, menurut [[hukum Coulomb]]. Semua nukleus yang stabil mempunyai [[berat atom]] yang sama dengan nisbah tenaga antara proton dan neutron yang hampir terendah. Nukleus-nukleus yang mempunyai berat atom yang cukup dekat dengan nisbah terendah ini supaya dapat diikat tetapi tidak cukup dekat untuk menjadi stabil, akan membebaskan elektron atau [[positron]] ([[reputan beta]]) ataupun menyerap elektron (dan membebaskan [[neutrino]]) supaya dapat menjadi lebih dekat dengan nisbah itu. Dalam keadaan inilah bahawa tindakan-tindakan bersaling lemah memainkan peranannya. Nukleus-nukleus yang terlalu besar untuk menjadi stabil akan dipecahkan oleh penolakan coulomb terhadap proton-protonnya melalui [[Pembelahan nuklear|pembelahan]] ataupun melalui pembebasan zarah-[[zarah alfa]].