Perbezaan antara semakan "Hieroglif Mesir"

3,971 bait ditambah ,  12 tahun lalu
(Laman baru: {{Infobox Writing system |name=Hieroglif Mesir |type=logografi |typedesc=sesuai menjadi abjad konsonan |time=3200 SM – 400 M |languages=Bahasa Mesir |fam1=([[Sejar...)
 
 
[[Batu Rosetta]] merupakan penemuan hieroglif tergempar dalam sejarah moden apabila dijumpai sekitar tahun [[1799]]. Tokoh yang diberi penghargaan kerana mentafsir batu bersurat tersebut ialah [[Jean-Francois Champollion]]. Penemuan Batu Rosetta mencetuskan banyak lagi penemuan catatan hieroglif. Champollion mengenal pasti serba sedikit bahasa Yunani pada batu ini. Seorang lelaki bernama Thomas Young pula dapat menemui kata-kata “dan” dan “raja” dari tulisan demotiknya.
 
==Sistem tulisan==
{{IPA notice}}
 
Pada pegnlihatan, tulisan hieroglif semuanya lebih kurang berbentuk kiasan: aksara-aksara ini melambangkan unsur-unsur nyata mahupun ilusi, adakalanya diolah bergaya atau diringkaskan, namn secara amnya semuanya mudah sekali dikenal pasti bentuknya. Bagaimanapun, bergantung pada konteks, satu aksara yang sama boleh ditafsir macam-macam caranya, iaitu sebagai fonogram (bacaan [[fonetik]]), [[logogram]], ataupun [[ideogram]] ([[semagram]]; "[[penentu]]") (bacaan [[semantik]]). Penentu itu tidak digunakan sebagai unsur fonetik, tetapi memudahkan pemahaman dengan membezakan perkataannya dari [[Homofon|homofon-homofonnya]].
 
===Bacaan fonetik===
[[Image:Egypt Hieroglyphe4.jpg|right|300px|thumb|Hieroglif yang biasa ditulis ketika zaman Yunani-Rom]]
Kebanyakan aksara hieroglif bersifat fonetik, iaitu aksara itu dibaca tidak mengikut sifat visualnya (mengikut prinsip [[rebus]] yang mana, contohnya, gambar mata boleh melambangkan perkataan Inggeris ''eye'' dan ''I'' [kata ganti nama pertama]). Maka terrbentuknya fonogram, sama ada satu konsonan (aksara ''mono-'' atau ''[[aksara uniliteral Mesir|uniliteral]]'') dua konsonan (aksara ''[[aksara biliteral Mesir|biliteral]]'') mahupun tiga (aksara ''[[Egyptiaksara triliteral Mesiran triliteral signs|triliteral]]''). 24 aksara uniliteral membentuk abjad hieroglif lengkap. Tulisan hieroglif Mesir tidak termasuk aksara vokal, oleh itu dianggap sebagai sejenis [[abjad konsonan]], sama dengan [[abjad Arab]].
 
Daripada itu, tulisan hieroglif yang melambangkan itik disebut dalam bahasa Mesir berbunyi ''{{unicode|sȝ}},'' iaitu konsonan-konsonan yang membentuk perkataan bagi itik. namun begitu, hieroglif itik ini boleh juga dipakai tanpa kena-mengena dengan maksud asalnya asalkan dapat melambangkan [[fonem]] ''{{unicode|sȝ}}'', tanpa mengira apa-apa bunyi vokal yang mengiringi konsonan-konsonan ini, maka ditulisnya kata-kata berikut: ''{{unicode|sȝ}}'', "anak lelaki," atau apabila diiringi aksara-aksara yang dibutirkan selanjutnya dalam catatan, ''{{unicode|sȝ}}'', "simpan, perhati"; dan ''{{unicode|sȝṯ.w}}'', "tanah kasar". Contoh:
 
<hiero>G38</hiero>{{ndash}} aksara ''{{unicode|sȝ}}'';
 
<hiero>G38-Z1s</hiero>{{ndash}} aksara sama yang hanya dipakai mengikut konteks untuk melambangkan "itik", atau "anak lelaki" apabila adanya penentu yang bersesuaian, kedua-dua kata ini sama konsonannya; erti garis mencancang dijelaskan selanjutnya:
 
<hiero>z:G38-A-A47-D54</hiero>{{ndash}} aksara ''{{unicode|sȝ}}'' dalam kata ''{{unicode|sȝw}}'', "simpan, perhati"
 
Sama seperti abjad Arab, bukan semua bunyi vokal ditulis dalam tulisan hieroglif Mesir; adanya pertikaian sama ada wujudnya aksara vokal sama sekali. Mungkin juga macam bahasa Arab, bunyi-bunyi separa vokal {{IPA|/w/}} dan {{IPA|/j/}} (seperti huruf [[W]] dan [[Y]]) juga melambangkan nunyi vokal {{IPA|/u/}} dan {{IPA|/i/}}. Dalam transkripsi moden, huruf ''e'' dibubuh di antara huruf konsonan untuk memudahkan sebutan. Contohnya, ''nfr'' "bagus" biasanya ditulis ''nefer''. Ini tidak mencerminkan bunyi vokal Mesir yang dikaburi peredaran zaman, sebaliknya cuma kebiasaan moden. Begitu juga, fonem ''{{unicode|ȝ}}'' dan '''{{unicode|ʾ}}''' sering di[[transliterasi]] menjadi vokal ''a''.
 
Tulisan hieroglif ditulis dari kanan ke kiri, kirik ke kanan, ataupun atas ke bawah, tetapi biasanya kanan ke kiri. Pembacanya mesti mengambil kira arah haluan aksara-aksara tak simetri ini agar dapat mengenal pasti urutan pembacaan yang sebetulnya. Contohnya, jika hieroglif manusia dan haiwan menghadap ke arah kanan (iaitu memandang ke arah kanan), maka bacaannya dari kanan ke kiri, begitu juga sebaliknya, maka ideanya adalah aksara hieroglif memandang ke arah permulaan baris.
 
Begitu juga dengan kebanyakan tulisan purba, kata-kata tidak dipisahkan oleh jarak atau tanda baca. Walaupun begitu, sesetengah aksara hieroglif tertentu selalu muncul di akhir kata, menmudahkan proses membezakan kata-kata.
 
==Pautan luar==
Pengguna awanama