Bendera Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zwobot (bincang | sumb.)
k robot Adding: ast, fi, ru
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Japan flag.png|thumb|right|250px|Nisbah bendera: 2:3]]
'''Bendera Jepun''' ('''Nisshohki''' 日章旗 atau '''Hinomaru''' 日の丸 dalam [[Bahasa Jepun]]), memaparkan cakera besar berwarna merah di bahagian tengah di atas bidang warna putih. Lagenda mengatakan bahawa bendera ini berasal dari zaman pencerobohan [[Mongol]] ke atas [[Jepun]] pada kurun ke-13. Dikatakan bahawa sami [[Buddha]], [[Nichiren]], mempersembahkan bendera matahari ini kepada seorang [[Shogun]] yang mempunyai upaya untuk mematahkan serangan Mongol. Lambang matahari ini pernah dijumpai di kipas berlipat yang dibawa oleh para [[samurai]] semasa pergelutan kuasa di antara puak [[Taira]] dan [[Minamoto]]. Ia juga sering digunakan di panji-panji ketenteraan semasa [[Era Sengoku]] pada kurun ke-15 dan ke-16. Kerajaan Shogun Tokugawa (1603-1867) menetapkan penggunaan bendera ini untuk kapal-kapalnya sejak awal tahun 1600. Pada pertengahan kurun ke-19, kerajaan-kerajaan ''shogun'' yang lain mengarahkan semua kapal Jepun untuk membuat perkara yang sama.
 
[[Image:Japanese empire flag.png|150px|right|thumb|Bendera yang digunakan sewaktu Perang Dunia II]]