Perbezaan antara semakan "Bilangan ajaib"

906 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Kestabilan yang aneh bagi [[isotop]] yang mempunyai bilangan ajaib bermakna [[unsur transuranium]] boleh dicipta dengan menggunakan nukleus yang sangat besar tetapi tidak tertakluk kepada [[pereputan radioaktif]] yang terlampau cepat yang lazimnya berlaku pada [[nombor atom]] yang tinggi (hingga 2007, isotop yang paling lama hidup yang diketahui antara semua [[Pulau kestabilan|unsur antara 110 dan 120]] bertahan hanya 12 min., seterusnya 22 saat). Isotop yang besar mempunyai bilangan ajaib bagi nukleon yang dikatakan wujud dalam [[pulau kestabilan]]. Tidak seperti bilangan ajaib 2-126, yang direalisasikan dalam nukleus sfera, pengiraan melalui teori meramalkan bahawa nukleus dalam pulau kestabilan adalah tidak berbentuk. Sebelum ini diketahui, bilangan ajaib yang lebih tinggi, seperti 184, dikatakan mempunyai bentuk sfera seperti yang diramalkan oleh pengiraan mudah. Kini dipercayai bahawa turutan bilangan ajaib sfera tidak boleh dipanjangkan begitu rupa.
 
==Keajaiban berganda==
Nukleus yang mempunyai kedua-dua proton dan neutron ([[nombor atom]]) yang sama bilangannya dengan bilangan ajaib dipanggil "ajaib berganda", dan amatlah stabil dari pereputan. Contoh bagi isotop ajaib berganda termasuklah [[helium]]-4 (<sup>4</sup>He), [[oksigen]]-16 (<sup>16</sup>O), [[kalsium]]-40 (<sup>40</sup>Ca), [[kalsium]]-48 (<sup>48</sup>Ca), [[nikel]]-48 (<sup>48</sup>Ni) dan [[plumbum]]-208 (<sup>208</sup>Pb). Yang berikutnya ialah ajaib berganda tetapi tidak mempunyai kesal luar biasa terhadap kestabilan mereka: [[stanum]]-100 (<sup>100</sup>Sn) & [[stanum]]-132 (<sup>132</sup>Sn). Maka, bukanlah kebetulan yang [[helium]]-4 (<sup>4</sup>He) merupakan nukleus yang paling banyak (dan stabil) dalam alam semesta<ref>[http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/nucene/nucbin2.html#c1 Hyperphysics]</ref> dan <sup>208</sup>Pb merupakan nuklid terberat yang stabil.
 
 
46,871

suntingan