Perbezaan antara semakan "Bilangan ajaib"

1,209 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
==Keajaiban berganda==
Nukleus yang mempunyai kedua-dua proton dan neutron ([[nombor atom]]) yang sama bilangannya dengan bilangan ajaib dipanggil "ajaib berganda", dan amatlah stabil dari pereputan. Contoh bagi isotop ajaib berganda termasuklah [[helium]]-4 (<sup>4</sup>He), [[oksigen]]-16 (<sup>16</sup>O), [[kalsium]]-40 (<sup>40</sup>Ca), [[kalsium]]-48 (<sup>48</sup>Ca), [[nikel]]-48 (<sup>48</sup>Ni) dan [[plumbum]]-208 (<sup>208</sup>Pb). Yang berikutnya ialah ajaib berganda tetapi tidak mempunyai kesal luar biasa terhadap kestabilan mereka: [[stanum]]-100 (<sup>100</sup>Sn) & [[stanum]]-132 (<sup>132</sup>Sn). Maka, bukanlah kebetulan yang [[helium]]-4 (<sup>4</sup>He) merupakan nukleus yang paling banyak (dan stabil) dalam alam semesta<ref>[http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/nucene/nucbin2.html#c1 Hyperphysics]</ref> dan <sup>208</sup>Pb merupakan nuklid terberat yang stabil.
 
Kedua-dua [[kalsium]]-48 (<sup>48</sup>Ca) dan [[nikel]]-48 (<sup>48</sup>Ni) adalah ajaib berganda kerana kalsium-48 mempunyai 20&nbsp;proton dan 28&nbsp;neutron manakala nikel-48 mempunyai 28&nbsp;proton dan 20&nbsp;neutron. Kalsium-48 adalah kaya neutron walaupun bagi unsur ringan, tetapi stabil kerana menjadi ajaib berganda. Begitu juga nikel-48, yang ditemui pada 1999, merupakan isotop yang paling kaya dengan proton<ref>{{cite web | last = W. | first = P. | title = Twice-magic metal makes its debut - isotope of nickel | publisher = [[Science News]] | date = October 23, 1999 | url = http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is_17_156/ai_57799535 | accessdate = 2006-09-29 }}</ref>.
 
Pada Disember 2006, [[hassium]]-270 (<sup>270</sup>Hs) ditemui oleh satu pasukan saintis antarabangsa yang diketuai oleh [[Universiti Teknikal Munich]] mempunyai [[separuh hayat]] yang luar biasa lama iaitu selama 22 saat. Hassium-270 menunjukkan pembentukan [[pulau kestabilan]], dan mungkin juga ajaib berganda<ref name="Focus">{{cite web|url=http://focus.aps.org/story/v18/st19|title="A Nuclear Magic Trick"|accessdate=2006-12-25|author=Mason Inman|date=2006-12-14|work= Physical Review Focus}}</ref>.
 
 
46,993

suntingan