Pulau kestabilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:

Petala yang penuh akan mempunyai "[[bilangan ajaib]]" bagi neutron dan proton. Satu kemungkinan bagi bilangan ajaib untuk neutron ialah 184, dan beberapa kemungkinan bagi padanan nombor proton ialah 114, 120 dan 126 — yang bermakna isotop yang mungkin paling stabil ialah [[ununquadium]]-298, [[unbinilium]]-304 dan [[unbiheksium]]-310. Sebagai catatan untuk Ubh-310, ia mempunyai "[[bilangan ajaib|bilangan ajaib berganda]]" (kedua-dua bilangan proton iaitu 126 dan bilagan neutron iaitu 184 dikatakan ajaib) lalu dikatakan mempunyai separuh hayat yang sangat lama. (Nukleus ringan seterusnya yang ajaib berganda ialah [[plumbum]]-208, nukleus stabil yang paling berat dan logam berat yang paling stabil.) Tiada satu pun isotop transunaium telah dihasilkan, tetapi isotop bagi unsur antara 110 hingga 114 adalah lambat mereput berbanding isotop bagi nukelus berhampiran dalam [[jadual berkala]].

==Separuh hayat bagi isotop besar==
[[Image:Periodic Table by Radioactivity.PNG|right|450px|thumb|Jadual berkala dengan unsur yang diwarnakan menurut separuh hayat isotopnya yang paling stabil.

(1) unsur stabil.

(2) unsur radioaktif dengan separuh hayat lebih dari sejuta tahun. Separuh hayat mereka yang panjang memberikan mereka keradioaktifan yang sangat kecil jika tidak diabaikan. Ia mungkin boleh diuruskan tanpa waspada.

(3) unsur radioaktif dengan separuh hayat lebih 500 tahun. Ia mungkin mewujudkan bahaya tahap rendah bagi kesihatan kerana aras sinarannya lebih menghampiri aras [[sinaran latar belakang]]. Separuh hayat mereka membolehkan mereka digunakan secara komersial.

(4) unsur radioaktif dengan separuh hayat lebih sehari. Separuh hayat mereka yang pendek mendedahkan risiko keselamatan yang tinggi. Ia berbahaya kepada kesihatan. Ia mempunyai sedikit potensi dalam kegunaan komersial.

(5) unsur radioaktif dengan separuh hayat lebih seminit. Unsur ini sangat radioaktif. Mereka mendedahkan risiko keselamatan yang sangat tinggi. Ia tidak mempunyai potensi dalam kegunaan komersial.

(6) unsur radioaktif dengan separuh hayat ''bawah'' seminit. Unsur ini terlampau radioaktif. Sedikit yang diketahui tentang unsur ini. Separuh hayat mereka yang pendek membuatkan ia mustahil untuk wujud diluar makmal kajian.]]

==Pautan luar==