Rudolf Diesel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 47:
 
== Kehidupan awal ==
Diesel dilahirkan di [[Paris]], [[Perancis]] pada tahun 1858<ref>{{Ultimate Train}}, p 148.</ref> sebagai anak kedua daripada tiga beradik kepada Theodor dan Elise Diesel. Ibu bapa Diesel merupakan pendatang yang tinggal di Perancis menurut buku biografi oleh John F. Moon. Theodor Diesel, tukang pembidang buku, meninggalkan kampung halamannya di [[Augsburg]], [[Kerajaan Bavaria]], pada tahun 1848. Dia bertemu isterinya, Elise Strobel, anak kepada saudagar [[Nuremberg]], di Paris pada tahun 1855 dan dia sendiri menjadi pengeluar barangan kulit di sana.
 
Diesel menghabiskan masa kanak-kanaknya di Perancis, tetapi sebaik sahaja [[Perang Perancis-Prussia]] meletus pada tahun 1870, keluarganya terpaksa berhijrah ke [[London]]. Namun demikian, sebelum perang tersebut berakhir, ibu Diesel menghantar Rudolf yang baru bserusia 12 tahun ke Augsburg untuk tinggal bersama-sama ibu bapa saudaranya, Barbara dan Christoph Barnickel, agar beliau dapat mempelajari [[Bahasa Jerman]] serta melawat ''Königliche Kreis-Gewerbsschule'' (Sekolah Perdagangan Kounti Diraja), di mana bapa saudaranya mengajar matematik.
 
Pada umur 14 tahun, Rudolf menulis surat kepada ibu bapanya menyatakan hasrat untuk menjadi seorang jurutera, dan setelah menamatkan pengajian asasnya dengan cemerlang pada tahun 1873, beliau memasuki Sekolah Perindustrian Augsburg. Lama kemudian, pada tahun 1875, beliau menerima biasiswa daripada Politeknik Diraja Bavaria di [[Munich]] yang diterimanya walaupun ditentang oleh ibu bapanya yang mahukan beliau mula bekerja untuk mencari wang.
 
Di Munich, salah seorang profesornya adalah [[Carl von Linde]]. Diesel tidak berupaya bergraduat bersama-sama rakan sekelasnya pada Julai 1879 kerana penyakit [[tifoid]]. Semasa menunggu tarikh peperiksaan seterusnya, beliau mencari pengalaman amali kejuruteraan di ''Gebrüder Sulzer Maschinenfabrik'' di [[Winterthur]], [[Switzerland]]. Diesel bergraduat dengan kepujian akademik tertinggi dari politekniknya pada Januari 1880 dan pulang ke [[Paris]], di mana beliau membantu profesor lamanya di Munich iaitu [[Carl von Linde]] berkenaan reka bentuk serta pembinaan sistem penyejukbekuan serta kilang ais. Diesel menjadi pengarah kilang berkenaan setahun demikian.
 
Pada tahun 1883, Diesel mengahwini Martha Flasche, dan terus bekerja untuk Linde, mengumpul pelbagai paten di Jerman dan Perancis.
 
Pada awal 1890, Diesel membawa isterinya serta tiga anaknya Rudolf Jr., Heddy dan Eugen, ke Berlin untuk mengambil alih pengurusan jabatan kajian dan penyelidikan korporat Linde serta untuk menyertai beberapa lembaga korporat di situ. Oleh kerana beliau tidak dibenarkan untuk menggunakan paten hasil pembangunannya semasa menjadi pekerja Linde bagi tujuan peribadi, Diesel mengambil langkah meneroka bidang lain di luar bidang penyejukbekuan. Beliau mula berminat dengan enjin wap, kajian beliau terhadap kecekapan bahan api membawa beliau kepada pembinaan enjin wap menggunakan wap [[ammonia]]. Semasa ujian, mesin tersebut meletup dan nyaris mengorbankan nyawa, menyebabkan beliau terlantar berbulan-bulan di hospital serta mengalami masalah kesihatan dan penglihatan. Beliau juga mula merekabentuk enjin berasaskan [[Kitar Carnot]], dan pada tahun 1893, tidak lama selepas [[Gottlieb Daimler]] dan [[Karl Benz]] mencipta kereta pada tahun 1887, Diesel menerbitkan sebuah buku berjudul ''Theorie und Construktion eines rationellen Wärmemotors zum Ersatz der Dampfmaschine und der heute bekannten Verbrennungsmotoren'' atau ''Teori dan reka bentuk enjin haba rasional bagi menggantikan enjin wap dan enjin pembakaran yang dikenali kini'' serta membentuk asas kepada hasil kerjanya serta penciptaan enjin diesel.
 
== Kehidupan berikutnya ==