Proteobacteria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Imnotarobot (bincang | sumb.)
Alih bahasa artikel Proteobacteria bahasa Inggeris
 
Imnotarobot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 62:
Filum ''Proteobacteria'' adalah sebuah [[filum]] utama [[bakteria]]. Ia terdiri daripada pelbagai jenis patogen seperti ''[[Escherichia]]'', ''[[Salmonella]]'', ''[[Vibrio]]'', ''[[Helicobacter]]'', dan juga banyak genera terkenal yang lain.<ref name=Brock>{{cite book | author = Madigan M; Martinko J (editors). | title = Brock Biology of Microorganisms | edition = 11th ed. | publisher = Prentice Hall | year = 2005 | id = ISBN 0131443291 }}</ref> Selain daripada itu, ahli filum ini ada juga yang hidup secara bebas dan ini termasuk pelbagai bakteria yang memainkan peranan didalam [[pengikatan nitrogen]]. Filum ini definisikan berdasarkan jujukan rRNA [[RNA ribosom]] dan dinamakan sempena tuhan Yunani kuno, [[Proteus]] (juga nama salah satu dari genus didalam filum ini). Menurut hikayat Yunani kuno, Proteus boleh merubah-rubah bentuk badannya dan ini dikaitkan dengan terdapatnya banyak jenis morfologi bakteria yang termasuk didalam filum ini. <ref name=Tree_of_Life>{{cite web | title=Proteobacteria | work=Discover Life: Tree of Life | url=http://stri.discoverlife.org/mp/20m?tree=Proteobacteria&res=800 | accessdate=2007-02-09}}</ref>
 
Kesemua ahli filum '''Proteobacteria''' adalah [[Gram-negatif]], dan mempunyai membran sel luaran yang terdiri dari [[lipopolisakarida]]. Ada yang bergerak menggunakan [[flagellum|flagella]], manakala sesetengah spesis tidak mempunyai mekanisma pergerakan aktif (non-motile) dan bergantung kepada pergerakan meluncur. Contoh bakteria yang menggunakan pergerakan meluncur adalah [[myxobacteria]], suatu kumpulan bakteria yang unik yang boleh bergabung untuk membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (multicellular fruiting bodies). Terdapat pelbagai jenis [[metabolisma]] didalam filum Proteobacteria. Kebanyakkan ahli filum ini adalah fakultatif [[anaerobik]] atau fakultatif obligat anaerobik dan [[heterotrofik]], tetapi terdapat juga banyak pengecualian. Sesetengah genera yang tidak berkait rapat didalam filum ini mampu menjalani [[fotosintesis]] dan digelar bakteria ungu ([[wiktw:en: purple bacteria|purple bacteria]]), merujuk kepada pigmennya yang merah kemerahan.
 
[[wiktw:en:Cavalier-Smith |Cavalier-Smith]] telah mendalilkan bahawa Proteobacteria adalah sebahagian daripada clade bakteria [[Gracilicutes]].
 
==Seksyen/Kelas-Kelas==
 
''Proteobacteria'' terbahagi kepada lima seksyen yang dinamakan dengan abjad Yunani, alpha hingga epsilon, berdasarkan jujukan rRNA . Seksyen-seksyen ini juga dianggap sebagai kelas-kelas didalam filum ini. Sebelum ini, pernah diusulkan bahawa ''Gammaproteobacteria'' adalah [[wiktw:en:paraphyly|paraphyletic]] kepada ''Betaproteobacteria'', data molekular terkini menunjukkan ia adalah tidak benar.
 
===''Alphaproteobacteria''===
''Alphaproteobacteria'' terdiri dari hampir kesemua genera fototrofik didalam filum ini dan juga beberapa genera yang menjalani metabolisma kompaun C1 (cth. ''Methylobacterium'' spp.), simbion tumbuhan (cth. ''[[Rhizobium]]'' spp.) dan haiwan, dan satu kumpulan patogen, [[Rickettsiaceae]]. [[mitokondriamitokondrion]] didalam sel eukaryotik dikatakan berasal dari ''[[Rickettsia]]'' spp. (Lihat [[wiktw:en: endosymbiotic theory | endosymbiotic theory]]).
 
===''Betaproteobacteria''===
Baris 78:
===''Gammaproteobacteria''===
[[Image:Vibrio cholerae.jpg|100px|left|''[[Vibrio cholerae]]''|Vibrio cholerae]]
''Gammaproteobacteria'' terdiri dari beberapa kumpulan bakteria yang penting dari segi kesihatan dan sains seperti ''[[Enterobacteriaceae]]'', ''[[Vibrionaceae]]'' dan ''[[Pseudomonadaceae]]''. Beberapa patogen yang terkenal termasuk didalam kelas ini seperti '''[[Salmonella]]''' spp. ([[enteritis]] dan [[demam kepialu]]), ''[[Yersinia pestis]]'' (plague), ''[[Vibrio]] cholerae'' ([[kolera]]), ''[[Pseudomonas aeruginosa]]'' (jangkitan paru-paru dikalangan pesakit hospital atau pengidap [[wiktw:en: cystic fibrosis |cystic fibrosis ]]), dan ''[[Escherichia coli]]'' (keracunan makanan).
 
===''Deltaproteobacteria''===
''Deltaproteobacteria'' kebanyakkannya terdiri dari genera aerobik, genera yang membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (fruiting-body) ''[[Myxobacteria]]'', dan juga genera obligat anaerobik yang terdiri dari hampir kesemua [[wiktw:en: sulfate-reducing bacteria|bakteria penurunan sulfate]] (''Desulfovibrio'', ''Desulfobacter'', ''Desulfococcus'', ''Desulfonema'', dsbg.) dan [[wiktw:en: sulfur-reducing bacteria |bakteria penurunan sulfur]] (cth. ''Desulfuromonas'' spp.) bersama beberapa bakteria anaerobik yang lain yang mempunyai fisiologi berlainan seperti (bakteria penurunan besi ''[[Geobacter]]'' spp. dan bakteria syntrofik ''Pelobacter'' dan ''Syntrophus'' spp.).
 
===''Epsilonproteobacteria''===
[[Image:Helicobacter pylori.jpg|60px|left|''[[Helicobacter pylori]]'' ''Helicobacter pylori'']]
''Epsilonproteobacteria'' hanya terdiri dari beberapa genera iaitu bakteria berbentuk melengkung dan berbentuk lingkaran seperti ''[[Wolinella]]'' spp., ''[[Helicobacter]]'' spp., dan ''[[Campylobacter]]'' spp. Kebanyakkan spesis yang dikenali hidup didalam saliran usus haiwan dan berperanan sebagai [[wiktw:en: symbiosis | simbion]] (''Wolinella'' spp. didalam [[lembu]]) atau patogen (''Helicobacter'' spp. didalam perut, ''Campylobacter'' spp. didalam duodenum). ''Epsilonproteobacteria'' juga telah dikesan menggunakan teknik biologi molekular dari habitat [[wiktw:en: hydrothermal vent | lohong hidrotermal]] dan [[wiktw:en: cold seep | rembesan sejuk]].
 
<!-- Replace with images that better reflect the diversity of the group when they become available -->