Razali Ismail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
 
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, [[Kuala Berang]] sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, [[Kuala Terengganu]]. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di [[Universiti Malaya]] dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di [[Birmingham]], [[United Kingdom]].
 
Memulakan kerjaya sebagai guru, beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di [[Malaysia]]. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan [[Kota Bharu]] sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
 
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] beliau mengalahkan calon dari [[PAS]], [[Mohamad Sabu]] dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.
 
Beliau meninggal dunia pada [[28 November]] [[2008]] di Institut Aminuddin Baki, [[Genting Highland]], [[Pahang]]. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu
 
[[Kategori:Rakyat Malaysia]]