Perang Siffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
== Perundingan ==
Proses rundingan berlangsung di mana pihak Ali diwakili oleh [[Abu Musa Al-Asya'ari]] dan [[Amru Al-Ash]] bagi pihak Muawiyah. Abu Musa Al-Asya'ari dikatakan bukan pilihan pertama Ali yang mahu melantik Abdullah bin Abbas atau Al-Ashtar sebagai wakil. Akan tetapi Abu Musa digemari oleh ramai orang kerana dia seorang yang mahukan perdamaian. AliAbu kemudianMusa dikatakan tidak dapat menyaingi kepintaran Amru al-Aas. Ali pulang ke Kufah sementara Muawiyah ke Damsyik sementara menanti perundingan yang akan diadakan dalam beberapa bulan.
 
Hasil perundingan dilihat lebih menguntungkan Muawiyah. Perjanjian damai yang Ali tidak menandatanganinya, tidak mengiktiraf Ali sebagai khalifah tetapi hanya meletakkan Ali dan Muawiyah sama taraf sebagai pejuang dalam perang. Perundingan juga dibuat beberapa bulan selepas perang dan jika perundingan dibuat serta merta, Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran jika beliau tidak puas hati dengan hasil perundingan.
Baris 27:
Sementara itu pengikut Ali berpecah. Sekumpulan tentera berjumlah 12,000 orang berpecah daripada tentera utama dan mereka berkhemah di sebuah kampung berdekatan bernama Harura. Mereka tidak bersetuju dengan perundingan tersebut dan melihatnya tidak mengikut cara Islam. Mereka menganggap dunia Islam bukan hak peribadi Ali untuk berunding dengan Muawiyah. Tujuan mereka menjatuhkan Uthman dulu untuk mendirikan kerajaan yang betul-betul Islam. Ali pada mulanya berjaya memujuk tentera ini menyertai semula pasukannya tetapi hanya sementara. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan [[Khawarij]].
 
Sementara menunggu proses perundingan, Muawiyah memerintah Syria dan Ali pula bagi baki Empayar Islam. Pada bulan Ramadan 37 (Februari 658), pengadil untuk perundingan tiba di Dumat-al-Jondel. Ramai di kalangan ketua kaum dari Mekah, Madinah, Iraq dan Syria datang untuk menyaksikan perundingan yang akan memutuskan nasib Islam.

Terdapat catatan yang berbeza tentang perkara ini. Abu Musa mengatakan kedua-dua Ali dan Muawiyah hendaklah melepaskan tuntutan mereka dan satu syura diadakan untuk memilih khalifah sementara Amru pula mahukan Muawiyah menjadi khalifah. Akhirnya tiada keputusan dicapai dan situasi seperti dahulu terus berlaku dengan Muawiyah memerintah Syria dan Mesir sementara Ali selebihnya. Kedua-dua pihak bermusuhan sesama sendiri dan keadaan ini berterusan sehingga Ali dibunuh oleh golongan Khawarij pada tahun 661. Dunia Islam kemudian disatukan semula di bawah Muawiyah sebagai khalifah.
 
== Rujukan ==
[http://www.ezsoftech.com/islamic/siffin.asp The Battle of Islam at Siffin]
 
[[Kategori:Perang]]