Perang Siffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Islam}}
'''Perang Siffin''' (Mei-Julai 657) berlaku semasa zaman fitnah besar atau perang saudara pertama orang Islam dengan pertempuran utama berlaku dari 26-28 Julai. Ia merupakan pertempuran di antara [[Muawiyah bin Abu Sufyan]] dan Saidina [[Ali bin Abi Talib]] di tebing [[Sungai Furat]] yang kini terletak di [[Syria]]. Berikutan pembunuhan Saidina [[Uthman bin Affan]], Saidina Ali menjadi [[khalifah]]. Muawiyah, seorang gabenor Syria, merupakan saudara kepada Saidina Uthman dan mahukan pembunuh Uthman diadili. Dia menganggap Ali tidak bersungguh-sungguh mahu menghukum pembunuh Uthman lalu memberontak ke atas Ali. Akibatnya terjadi pertempuran di Siffin. Pertempuran ini tidak berkesudahan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding. Pertempuran dan perundingan melemahkan kedudukan Ali dan pada masa yang sama tidak menyelesaikan konflik yang melanda empayar Islam. Kepada penganut [[Syiah]], Ali ibnu Abi Talib merupakan Imam yang pertama. Kepada [[Sunni]], Ali merupakan [[Khulafa al-Rasyidin|Khalifah Ar-Rashidun]] yang keempat dan Muawiyah sebagai khalifah pertama Dinasti [[Umayyah]]. Peristiwa yang berlaku semasa perang sehingga kini menjadi kontroversi di antara kedua-dua Sunni dan Syiah yang juga memisahkan kedua-dua mazhab ini.
 
== Mula permusuhan ==
Setelah mengalahkan Saidatina [[Aisha]] dalam [[Perang Jamal]], Ali kembali ke [[Kufah]] pada bulan Januari 657. Beliau mengambil keputusan untuk memindahkan ibu negeri dari [[Madinah]] ke Kufah kerana kedudukannya yang lebih strategik di dalam empayar, dan menghalang kemaraan Muawiyah ke Iraq. Untuk menyelesaikan perbalahan secara aman, Ali menghantar utusan kepada Muawiyah di Syria meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Ali mengambil tindakan ke atas pembunuh [[Uthman bin Affan|UsmanUthman]]. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan.
 
Mendengar jawapan yang sedemikian, Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syria. Beliau pada mulanya merancang menyerang Syria dari arah utara tetapi mengubah dengan mara terus melalui padang pasir Mesopotamia. Ketika sampai ke Riqqa yang berada di tebing Sungai Furat, mereka bertemu dengan barisan hadapan tentera Muawiyah tetapi mereka berundur tanpa berlaku sebarang pertempuran. Penduduk Riqqa tidak mesra dengan pasukan Ali dan tenteranya yang menghadapi kesukaran menyeberang sungai. Akhirnya setelah berjaya menyeberangi sungai, tentera Ali terus mara sepanjang tebing Sungai Furat sehinggalah mereka bertemu dengan kubu kecil tentera Syria di Sur al-Rum di mana berlaku pertempuran kecil. Pertempuran ini tidak melengahkan pergerakan tentera Ali yang akhirnya bertemu dengan tentera Muawiyah di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.
Baris 9:
Walau bagaimanapun, para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam (Syria)? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya.
 
Terdapat juga peristiwa menarik di mana adanya tanda-tanda pencerobohan yang ingin dilakukan oleh tentera luar yang datang dari [[Constantinople]], Muawiyah memberi amaran kepada pihak berkuasa [[Rom]] [[Byzantine]] agar menarik balik bala tenteranya atau beliau dan Amirul Mukminin Ali akan berdamai dan bergabung untuk memerangi bala tentera Rom Byzantine.
 
==Pertempuran utama==
Baris 33:
Sementara itu pengikut Ali berpecah. Sekumpulan tentera berjumlah 12,000 orang berpecah daripada tentera utama dan mereka berkhemah di sebuah kampung berdekatan bernama Harura. Mereka tidak bersetuju dengan perundingan tersebut dan melihatnya tidak mengikut cara Islam. Mereka menganggap dunia Islam bukan hak peribadi Ali untuk berunding dengan Muawiyah. Tujuan mereka menjatuhkan Uthman dulu untuk mendirikan kerajaan yang betul-betul Islam. Ali pada mulanya berjaya memujuk tentera ini menyertai semula pasukannya tetapi hanya sementara. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan [[Khawarij]].
 
== Kesan ==
Dengan tiada keputusan jelas dicapai, situasi sedia ada berterusan. Muawiyah memerintah Syria dan Mesir sementara Ali selebihnya. Kedua-dua pihak bermusuhan sesama sendiri dan keadaan ini berterusan sehingga Ali dibunuh oleh golongan Khawarij pada tahun 661. Dunia Islam kemudian disatukan semula di bawah Muawiyah sebagai khalifah.
 
== Rujukan ==