Penyembelihan Sabra dan Shatila: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Spidey (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Mohamad Najib (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara [[Israel]] dan [[Nasarani]] Lubnan, diketuai oleh parti [[Phalangist]] dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihak [[Muslim]], termasuk [[Palestin]] yang diwakili oleh [[Organisasi Pembebasan Palestine|Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization]] (PLO). Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara [[1975]] dan [[1990]], tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, [[Bachir Gemayel]], amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak [[Israel]] telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.
 
Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara [[Israel]], dan berasaskan alasan tersebut, [[Israel]] telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh [[Amerika Syarikat]] yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa ([[Amerika Syarikat]], [[PeranchisPerancis]], dan [[Itali]]) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. Bagaimanapun pada 14 September 1982, [[Bachir Gemayel]] telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen [[Syria]], tetapi Menteri Pertahanan Israeli [[Ariel Sharon]] meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan (lihat di bawah).
 
== Kejadian ==
Pihak bersenjata Phalangist dan [[Pasukan Pertahanan Israel|Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces"]] (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang [[16 September 1982]], IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan [[Elie Hobeika]]. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.
 
Menjelang tengah hari Rabu, [[15 September]], pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelang tengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasuk [[Elie Hobeika]], untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem. Pada pukul 4 petang, 1500 orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150 orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan perang "hatchet". Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDF menembak flare penerang di atas kawasan kem. Seawal pukul 8 malam hari Khamis, seorang pegawai Phalangist melaporkan pembunuhan seramai 300 orang awam kepada pusat kawalan Israeli. Pembunuhan ini berterusan sepanjang malam. Sebahagian daripada laporan telah dihantar ke Tel Aviv dan telah dilihat oleh beberapa pegawai kanan IDF.
 
Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihan tersebut. Pada satu masa soalan melalui radio ditujukan kepada [[Elie Hobeika]] menanyakan apa yang hendak dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak telah dipintas oleh pegawai perhubungan Israeli (dia menjawap "Ini merupakan kali terakhir awak tanya saya soalan seperti itu, awak sudah tahu apa yang perlu dilakukan", tentera Phalange di situ ketawa mendengarkannya). Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang, wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak). Sesetengah tentera IDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka. Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalanges untuk berhenti mara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung. Selepas itu pada waktu petang, perbincangan Majlis Pegawai Israeli memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepada pasukan Phalanges sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untuk menghentikan pasukan Phalanges. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan jentolak tambahan.
Baris 24:
 
== Tuduhan terhadap Israel ==
Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israeli, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israeli terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya. Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israeli telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri kabinet Israeli. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel, [[Ariel Sharon]] berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera.
 
Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut: