Dan Quayle: Perbezaan antara semakan

20 bait ditambah ,  14 tahun lalu
kemas
k (bot menambah: ca:Dan Quayle)
(kemas)
| successor2 = [[Dan Coats]]
| order3= Ahli [[Dewan Perwakilan Amerika Syarikat]] dari Daerah Kongres ke-4 [[Indiana]]
| term_start3= [[3Januari3 Januari]], [[1977]]
| term_end3 = [[3 JanuaryJanuari]], [[1981]]
| predecessor3= [[J. Edward Roush]]
| successor3= [[Dan Coats]]
Ketika muda, Dan Quayle membesar di Arizona dan beliau berkelulusan Huntington High School di [[Huntington]], Indiana pada tahun 1965. Lalu, beliau belajar fi DePauw University, tempat bermulanya bidang politik beliau (1969 ); beliau juga anggota kelab ''Delta Kappa Epsilon''. Kemudian Quayle bergabung dalam "[[Indiana National Guard]]" (Kawalan Kebangsaan Indiana) dan bertugas pada tahun 1969-1975. Ketika bergabung dengan Kawalan, beliau meraih gelaran doktor perundangan (Juris Doctor) pada tahun 1974 dari [[Indiana University]] School of Law, Indianapolis.
 
Pada bulan Julai [[1971]], beliau menjadi penyiasat di Bahagian Perlindungan pengguna di pejabat [[PeguanPeguam Negara]] Indiana. Pada tahun yang sama, beliau menjabat sebagai pembantu pentadbir Gabenor Edgar Whitcomb. Dari tahun 1973-1974, beliau menjawat sebagai Pengarah Bahagian Cukai Warisan, Jabatan Hasil Bahagian Indiana. Quayle juga pernah bekerja sebagai ''pembantu penerbit'' di syarikat persendirian milik keluarganya, the Huntington Herald-Press, dan berurusan dengan undang-undang bersama isterinya, [[Marylin Tucker]] di Huntington.
 
==Kerjaya politik bermula==
Kerjaya politiknya bermula pada tahun [[1976]], iaitu Quayle terpilih sebagai anggota [[Kongres Amerika Syarikat|Kongres AS]] dan terpilih lagi pada tahun [[1978]]. Pada tahun [[1980]], ketika berusia 33 tahun, Quayle menjadi Senator termuda dari Indiana, mengalahkan [[Birch Bayh]]. Quayle juga mencipta sejarah dengan memperoleh suara terbanyak ketika terpilih sekali lagi pada tahun 1986. Dalam Senat, Quayle bergabung dalam Suruhanjaya Pertahanan, Pengawasan Senjata, Anggaran serta Tenaga Kerja dan Sumber Manusia.
 
Pada bulan Ogos [[1988]], dalam Persidangan Kebangsaan [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|Parti Republikan]] di New Orleans, Louisiana, [[George H. W. Bush]] meminta Quayle untuk jadi pasangannya dalam [[pilihan raya]]. Hal ini menjadi sasaran kritik banyak pihak yang menilai Quayle belum mempunyai pengalaman yang cukup - untuk jadi presiden - jika sesuatu terjadi kepada Bush. Pertanyaan lain yang muncul ialah hubungan keluarga Quayle supaya Quayle bergabung dalam Kawalan Kebangsaan Indiana dan sekaligus menghindarkan dirinya untuk berkhidmat dalam [[Perang Vietnam]]. Kalangan media juga menggambarkan Quayle sebagai ''peninju kelas ringan'' yang tak mampu menangani tugas tersebut.
 
Kritikan dan ejekan untuk Quayle mencapai kemuncaknya apabila kempen calon timbalan presiden yang disiarkan televisyen memaparkan Quayle membandingkan pengalamannya dengan [[Jack Kennedy]]. Calon [[Parti Demokrat]], [[Lloyd Bentsen]] berkata, "Senator, saya berkhidmat bersama Jack Kennedy. Saya kenal Jack Kennedy. Jack Kennedy adalah salah satu kawan saya". "Senator, anda bukan Jack Kennedy,". Quayle menjawab, " Penjelasan itu tidak diperlukan, Senator," dan hal ini disambut tepukan dan cemuhan dari penonton. Reaksi Quayle terhadap ulasan Bentsen dimainkan berulang kali oleh Demokrat dalam iklan TV berikutnya dengan mengatakan: "Quayle: just a heartbeat away." Para peng[[komedi]] dan [[kartunis]] politik juga sering meniru gaya Quayle. Kecaman-kecaman itu tidak mampu menggelincirkan kempen Republikan. Meskipun Republikan ketinggalan 15 peratus dalam undian umum sebelum persidangan, Bush/Quayle terus memenangi pilihan raya November dengan majoriti 54-45, menyapu 40 negeri dan menawan 426 kerusi.
 
==Timbalan Presiden==
Sebagai Timbalan Presiden, Quayle adalah ketua pertama ''National Space Council'', sebuah badan angkasa yang dibentuk semula pada tahun [[1988]]. Pada 9 Februari [[1989]], Presiden Bush mengangkat Quayle sebagai Ketua ''Council on Competitiveness''. Berbeza dengan para penggantinya, [[Al Gore]] dan [[Dick Cheney]], Quayle hanya mempunyai peranan yang terhad.
 
Ketika Pilihan Raya [[1992]], Bush dan Quayle ditentang oleh Gabenor [[Arkansas]], [[Bill Clinton]] dan Senator [[Tennessee]], [[Al Gore]], dan pengusaha [[Texas]], [[Ross Perot]] serta [[James Stockdale]]. Pasangan Bush-Quayle akhirnya kalah dengan pasangan Clinton-Gore.
 
 
{{DEFAULTSORT:Kehidupan|1947||Quayle, Dan}}
[[kategori:Kelahiran 1947]]
[[kategori:Timbalan Presiden Amerika Serikat]]
[[kategori:Senator Amerika SerikatSyarikat]]
[[Kategori:Orang hidup]]
 
[[id:Dan Quayle]]
65,442

suntingan