Perancis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Acs4b (bincang | sumb.)
memperbesar rencana ini
Acs4b (bincang | sumb.)
modifikasi
Baris 64:
'''Perancis''', secara rasmi dipanggil '''Republik Perancis''' ({{lang-fr|République française}}, disebut [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz] dalam bahasa Perancis), adalah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil [[Perancis Metropolitan]]) terletak di [[Eropah Barat]]. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil [[Wilayah Luar Negeri Perancis]].
 
Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan [[Teluk Biscay]] dan [[Selat Inggeris]], antara [[Belgium]] dan [[Sepanyol]], tenggara [[United Kingdom]]; bersempadan dengan [[Laut Mediterranean]], antara [[Itali]] dan [[Sepanyol]]. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, [[Jerman]] dan [[Luxembourg]] di sebelah timur laut; [[Switzerland]] di sebelah timur; Itali dan [[Monaco]] di sebelah tenggara; dan [[Andorra]] dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis [[Guiana Perancis]] juga berkongsi sempadan darat dengan [[Brazil]] dan [[Suriname]], (yangdan Saint-Martin pula bersempadan dengan [[Guiana Perancis]]), dan juga [[Antillen Belanda]] (yang bersempadan dengan Saint-Martin). Perancis dihubungkan dengan [[United Kingdom]] melalui [[Terowong Selat]], yang berlalu di bawah [[Selat Inggeris]].
 
Perancis adalah antara anggota pertama [[Kesatuan Eropah]], ahli [[NATO]], dan ahli tetap Majlis Keselamatan [[PBB]].