Lembah Klang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lembah Klang
Lembah Klang
Baris 1:
'''Lembah Klang''' bermaksud kawasan yang diliputi oleh [[Sungai Kelang]] dan ranting-ranting sungainya. Ia merupakan lembah sungai utama di Malaysia bersama-sama dengan [[Lembah Kinta]].
 
== Lokasi dan Penubuhanya ==
 
Lembah Kelang telah diwujudkan pada tahun 1950-an. Ia terletak di tengah-tengah negeri [[Selangor]] dan [[Kuala Lumpur]]. Air Sungai Kelang mengalir ke [[Selat Melaka]] di sebelah barat.
 
Lembah Klang mempunyai lebih dari 3 juta orang penduduk, dan merupakan pusat industri dan perdagangan di Malaysia.
Baris 10:
 
[[Petaling Jaya]] menjadi [[bandar satelit]] kepada Kuala Lumpur. [[Shah Alam]] menjadi [[ibu negeri]] Selangor yang baru sejak tahun [[1974]] ketika [[Tun Abdul Razak Dato' Hussein|Tun Abdul Razak]] menjadi [[Perdana Menteri Malaysia]].
 
== Perubahan sempadan Lembah Klang ==
 
Lembah Klang pada awalnya adalah bandar di sepanjang Sungai Klang kini berubah apabila:
 
Daerah [[Hulu Langat]] dan [[Kajang]] telah menjadi sebahagian dalam Lembah Klang pada tahun 1980-an
 
[[Putrajaya]], [[Cyberjaya]], [[Sepang]], dan [[KLIA]] kini termasuk dalam Lembah Klang di antara tahun 1990-an dan 2000-an kerana ia adalah kawasan [[Koridor Raya Multimedia]].
 
== Infrastruktur ==
 
Lembah Klang mempunyai rangkaian jalan raya dan lebuhraya yang tercanggih di Asia Tenggara. Selain itu kemudahan keretapi dan transit aliran ringan juga disediakan bagi membantu penduduk Lembah Klang berulang-alik dari bandar ke bandar.