Bom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Bom merupakan alat yang menghasilkan ledakan yang mengeluarkan tenaga secara besar dan cepat. Ledakan yang dihasilkan menyebabkan kehancuran dan kerosakan terhadap benda mati dan ben...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:48, 9 Disember 2008

Bom merupakan alat yang menghasilkan ledakan yang mengeluarkan tenaga secara besar dan cepat. Ledakan yang dihasilkan menyebabkan kehancuran dan kerosakan terhadap benda mati dan benda hidup disekitarnya, yang diakibatkan oleh pergerakan tekanan udara dan pergerakan fragmen-fragmen yang terdapat di dalam bom, mahupun serpihan fragmen benda-benda disekitarnya. Selain itu, bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya. Bom telah dipakai selama berabad-abad dalam peperangan konvensional mahupun bukan-konvensional. Perkataan bom berasal dari bahasa Yunani βόμβος (bombos), sebuah istilah yang meniru suara ledakan 'bom' dalam bahasa tersebut.

Bom adalah senjata; istilah "bom" jarang digunakan untuk menyebut bahan peledak yang digunakan untuk keperluan masyarakat, misalnya dalam pembangunan. Alat peledak dalam ketenteraan juga banyak yang tidak disebut "bom". Pemakaian kata "bom" dalam ketenteraan biasanya digunakan untuk menyebut senjata peledak yang dijatuhkan tanpa pemandu dari pesawat udara. Senjata peledak tentera lainnya misalnya granat, ranjau, peluru berpandu, peluru, dan peledak kedalaman tidak disebut "bom".