Buka menu utama

Perubahan

tiada ringkasan suntingan
'''Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi''' ([[Bahasa Inggeris]]: Langkawi International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Disember, setiap tahun ganjil di pulau [[Langkawi]], [[Kedah]]. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi]], manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.
'''LIMA''' atau '''Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi''' diadakan setiap tahun pada bulan Disember di pulau [[Langkawi]]. LIMA merupakan ilham daripada bekas [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-4, Tun Dr [[Mahathir Mohamad]]. Pameran ini diadakan di beberapa lokasi di Langkawi seperti di pekan [[Kuah]], [[Lapangan Terbang Langkawi]], [[Padang Matsirat]] dan lain-lain.
 
==Sejarah==
[[LIMA 2007]] juga diadakan di Langkawi dari 6-8 Disember 2007. Semua tempat dikhususkan kepada tetamu jemputan sahaja kecuali beberapa tempat yang dikecualikan untuk orang awam. Pulau Langkawi mempunyai 6000 bilik hotel untuk disewa dan hanya tinggal 10% sahaja untuk disewa.
LIMA merupakan ilham dari bekas [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-4, Tun Dr [[Mahathir Mohamad]]. Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model [[EAA AirVenture Oshkosh]] di Amerika Syarikat. Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.
 
==Pautan luar==
*[http://www.limamaritime.com.my/ Laman web rasmi segmen maritim, LIMA 2007]
*[http://www.lima2009.com.my/ Laman web rasmi LIMA 2009]
 
[[Kategori:Pertunjukan udara]]
[[Kategori:Langkawi]]
[[Kategori:Pelancongan]]
20,145

suntingan