Anugerah Juara Lagu ke-14: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 37:
==Trivia==
* Juara Lagu kali ini merupakan kali kedua buat [[Siti Nurhaliza]] berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas [[Anugerah Juara Lagu 1998|Juara Lagu 1998]]. Ini menunjukkan dua tahun berturut-turut beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza.
* Ziana Zain membuktikan kekuatan vokal beliau menerusi lagu Syurga Di Hati Kita meskipun beliau mengandung 2 bulan pada malam Anugerah Juara Lagu tahun ini.
* Pak Ngah atau Suhaimi Mohd. Zain muncul sebagi komposer pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia menerusi 3 buah lagu iaitu Hati Kama, Samrah Mentari, dan Dondang Dendang sekaligus membuka peluang yang luas buat beliau untuk memenangi kategori tersebut.
* Komposer Azmeer buat julung-julung kalinya menghasilkan karya terbaik untuk penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan lagu tersebut berjaya memenangi kategori Balada pada tahun ini meskipun mendapat saingan yang cukup sengit daripada lagu-lagu lain yang berbisa seperti Syurga Di Hati Kita, Hanya Satu dan Aku Tetap Aku.
* Kemunculan pertama kali dan terakhirnya Kumpulan Indigo melalui lagu Istimewa dalam kategori Pop Rock dalam Anugerah Juara Lagu memberi saingan kepada lagu-lagu lain dalam kategori ini.