The Lord of the Rings: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lb:The Lord of the Rings
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 9:
==Cerita di sebalik cerita==
{{spoiler}}
Cerita di sebaliknya bermula beribu tahun sebelum aksi dalam buku bermula dengan kebangkitan ''Penguasa Cincin'', Raja Kegelapan [[Sauron]], jelmaan roh yang berniat jahat yang menguasai kuasa hebat di negeri yang ditakuti iaitu [[Mordor]]. Pada penghujung Zaman Pertama Bumi-tengah, Sauron dapat bertahan dari kekalahan teruk dan pembuangan oleh tuannya, [[Morgoth]]. Ketika Zaman Kedua, Sauron merancang untuk menguasai Bumi-tengah. Dengan menyamar sebagai "Annatar", atau ''Raja Ganjaran'', dia membantu [[Celebrimbor]] dan tukang Elf yang lain dari [[Eregion]] untuk menempa [[Cincin Kuasa]], tetapi kemudian dengan rahsianya menempa [[Cincin yang Satu]] yang mana dia bakal memperhambakan pemakai cincin yang lain. Rancangan ini gagal apabila kaum Elf sedar akan hal tersebut dan tidak memakainya. Sauron kemudian melancarkan kempen ketenteraan yang mana dia dapat memperoleh [[Cincin yang Tujuh]] dan [[Cincin yang Sembilan]] dan mengagihkan kepada raja-raja dan ketua Orang Kerdil dan Manusia. Golongan Kerdil agak sukar untuk dikuasai tetapi Manusia yang memiliki Cincin yang Sembilan beransur-ansruhiansur danberjaya dirasuk hingga menjadi [[Nazgûl]], pesuruh yang paling ditakuti. [[Cincin yang Tiga]] gagal diperoleh dan menjadi simpana golongan Elf.
 
[[Image:NumenorEN.jpg|200px|left|thumb|Peta [[Númenor]] (Dipanggil oleh golongan Elf sebagai Andor).]]