The Lord of the Rings: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 25:
Sauron menghantar pesuruhnya, Ringwraiths ([[Nazgûl]] dalam rupa sebagai penunggang hitam) ke Shire untuk mencari cincin tersebut. Frodo, dengan bantuan pembantunya yang setia, [[Samwise Gamgee|Sam Gamgee]] dan dua sahabat baiknya, [[Meriadoc Brandybuck|Merry]] dan [[Peregrin Took|Pippin]], dan kemudian seorang lelaki yang digelar "Strider", membawa Cincin tersebut ke [[Rivendell]] atas permintaan Gandalf. Di Rivendell, "Strider" telah didedahkan sebagai [[Aragorn]], waris kerajaan bagi [[Manusia (Bumi-tengah)|Manusia]]. Hobbit-hobbit tersebut juga mengetahui yang kuasa Sauron mampu dihalang apabila Aragorn mengambil alih warisan takhtanya dan memenuhi ramalan purba dengan menempa pedang [[Narsil|Andúril]], dikimpal semula dari serpihan [[Narsil]], pedang yang memotong Cincin tangan Sauron ketika Zaman Kedua. Majlis tertinggi yang diwakili oleh semua kaum utama Bumi-tengah; Elf, Orang Kerdil, dan Manusia, yang dipengerusikan oleh Raja [[Elrond]], memutuskan hanya satu sahaja tindakan yang mampu menyelamatkan Bumi-tengah iaitu dengan memusnahkan Cincin. Cincin itu harus di bawa ke Mordor dan dicampak ke [[Gunung Doom]], di mana ia telah ditempa.
 
Frodo menawarkan diri untuk melakukan tugas tersebut dan "Persahabatan Cincin" dibentuk untuk membantunya. Perjalanan mereka membawa mereka melalui Terowong Moria, iaitu tempat mereka diikuti oleh makhluk [[Gollum]], iaitu yang ditemui Bilbi dalan gua Goblin di Pergunungan Berkabus beberapa tahun sebelumnya. Gollum telahpun memiliki Cincin tersebut sebelum berpindah milik kepada Bilbo. Gandalf menerangkan bahawa Gollum berasal dari kaum yang "tak berbeza dengan hobbit" sebelum dia memiliki Cincin yang telah merosakkannya. Sebagai hamba kepada kuasa jahat Cincin itu, Gollum terdesak untuk memperolehi semula "Kesayangan". Apabila mereka melalui Terowong tersebut, Pippin tanpa disengajakan telah menunjukkan kehadiran mereka dan kumpulan mereka diserang. attacked. Gandalf bertarung dengan syaitan gergasi bawah tanah, [[Balrog]], dan jatuh ke dalam gaung yang terang-terang akan menyebabkan kematiannya. Pada penghujung jilid pertama, Persahabatan tersebut berpecah dan dengan kematian dua orang ahli (Gandalf dan Boromir), lalu Frodo dan Sam memulakan perjalanan ke Mordor dengan hanya berdua.
 
Dalam jilid kedua, ''[[The Two Towers]]'', kisah yang berlaku secara selari (cerita pada waktu yang sama di berlainan tempat dan di kisahkan dalam dua buku) memperincikan tentang Persahabatan yang tinggal membantu negara [[Rohan]] dalam peperangan menentang Saruman, ketua bagi kumpulan ahli sihir yang mana telah diracuni fikirannya. Gandalf kembali ke Bumi-tengah sebagai "Gandalf si Putih": Kita mengetahui yang dia membunuh Balrog, tetapi pertarungan tersebut ternyata turut tidak menyebelahi Gandalf dan kemudian dia telah "dilahirkan semula" dengan kuasa yang lebih hebat. Pada penghujung buku pertama jilid kedua, keempat-empat ahli Persahabatan (Gandalf, Aragorn, [[Legolas]] dan [[Gimli (Bumi-tengah)|Gimli]]) membantu untuk menewaskan bala tentera Saruman di [[Pertarungan Helm's Deep]]. Buku kedua menunjukkan bagaimana Frodo dan Sam mampu menangkap dan "menjinakkan" Gollum. Gollum kemudian menunjukkan jalan ke Mordor (yang bertentangan dengan [[Pagar Hitam]] - ''Black Gate''), walaupun terpaksa melalyimelalui negara [[Minas Morgul]], wilayah Raja Sihir. Pada penghujung jilid, Gollum mengkhianati Frodo dengan membawanya kepada labah-labah gergasi, [[Shelob]], dan dalam pada itu Sauron melancarkan serangan ke atas Bumi-tengah, dengan diketuai Raja Sihir yang membawa angkatan tentera Morgul untuk menentang [[Gondor]],dalam [[Peperangan Cincin]].
 
Dalam jilid ketiga, [[''The Return of the King'']], Sam mengalahkan Gollum dan menyelamatkan Frodo. Ketika mereka berhampiran dengan Gunung Doom, Persahabatan membantu dalam pertarungan terakhir menentang tentera Sauron, termasuklah menawan bandar menara [[Minas Tirith]] dan pertarungan sengit di hadapan Pagar Hitam Mordor, iaitu ketika Gondor dan Rohan terpaksa bersatu menentang askar Sauron untuk mengalihkan perhatian Sauron dari Cincin tersebut dengan harapan memberikan sedikit keluangan masa untuk Frodo memusnahkannya.