Perkara yang dilarang dalam Ihram: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 67:
 
•Memakai losyen pelindung sinaran matahari UV adalah dibenarkan kerana ia bertujuan untuk perubatan dan kesihatan.
 
 
 
== Kecantikan ==
 
 
Setiap umat Islam (lelaki dan perempuan) yang menunaikan [[Haji]] dan [[Umrah]] di Baitullah serta di dalam keadaan [[Ihram]] adalah dilarang sama sekali menanggalkan,mencabut dam mengetip rambut dan kuku dengan sengaja.Sekiranya dia tetap melakukan larangan demikian maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam (Takhyir dan Taqdir).Jika dia tidak sengaja dan memohon keampunan dari Allah SWT secara langsung maka perbuatan itu tidak berdosa tetapi dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir).
 
Sekiranya dia bersyampu atau atau berkait dengannya (seperti berwuduk) lantas rambutnya gugur sedangkan dia tidak menghendaki akan perkara tersebut terjadi(rambut gugur) atau mungkin rambutnya dari jenis gen yang cepat gugur,maka dia tidak berdosa tetapi dikenakan Dam.
 
Tetapi,jika kuku atau rambut,bulu tubuh itu jatuh atau tercabut dengan sendiri sedangkan dia tidak menghendakinya untuk terjatuh maka perbuatan itu tidak berdosa dan tidak dikenakan [[Dam]].
 
Wanita [[Muslim]] yang memakai serkup dan tudung sepanjang waktu Ihram dan dia mendapati terdapatnya rambut didalam serkupnya(apabila dibuka) maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam kerana perkara itu terjadi bukan atas kehendaknya.
 
Sekiranya dia(jemaah yang dalam Ihram itu)adalah orang yang dalam keadaan mudah untuk rambutnya gugur akibat penyakit ataupun gen keturunannya,maka adalah diperlukan untuk orang itu memendekkan rambutnya sebelum dia berniat Ihram.
 
Sekiranya dia ada dikesan berpenyakit oleh pakar perubatan atau amat berkeperluan untuk bercukur sewaktu dia berIhram dan diminta serta dikehendakinya untuk mencukur rambut atau membotakkan rambut pada waktu itu juga dan tidak boleh dilewatkan sesudah dia bertahallul, maka di perlu melakukan perkara tersebut seperti yang diarahkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan dirinya. Maka dari itu, dia dan penyuruh pelaksanaan itu tidak berdosa tetapi jemaah yang berihram itu diperlukan untuknya membayar Dam (Takhyir dan Taqdir).
 
Jika jemaah yang sedang dalam Ihram itu mendapati terpatnya kulit mati kerak kulit dan sebagainya diatas bulu/rambutnya dan dia menghilangkannya,maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam kerana bulu tersebut mengikut kulit.
 
Jemaah yang dalam Ihram juga boleh untuk mencabut [[kuku]]nya jika dia mendapati kukunya itu menyebabkan kemudharatan padanya seperti kuku terbelah atau cengkam dan ia tidak dikenakan Dam.
 
Harus baginya untuk mencabut kulit bibir,tangan,kaki yang mengelupas ketika dia berihram.Dan dia tidak dikenakan Dam.
 
Jika dipotong anak jari yang masih ada kukunya,maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam kerana kuku tersebut mengikut jarinya.
 
P.s.: Jemaah yang sedang ber[[Ihram]] juga adalah diminta untuk menjauhi perbuatan(seperti bersyampu,menggaru kepala,bersikat dan sebagainya) yang boleh menyebabkan rambut,bulu atau kukunya untuk tertanggal ketika dia masih belum lagi boleh ber[[tahallul]], hal ini adalah untuk kebaikan dan kemudahan mereka jua.
 
 
== Alam Sekitar ==
 
 
* 1.Adalah dilarang bagi setiap jemaah Haji dan Umrah ketika dalam Ihramnya laki-laki dan perempuan untuk mencabut,memotong,mematah dan mengerat dahan pokok dan pohon yang ditanam hidup dan tumbuh di Tanah Haram .Larangan ini adalah turut '''tidak boleh''' dilakukan oleh mana-mana orang yang hadir di '''Tanah Haram'''(El-Haramaian: [[Makkah]],[[Madinah]] ,Masyair Haram: [[Arafah]], [[Muzdalifah]] dan [[Mina]], Haram al-Syarif:[[Baitul Maqdis]]).Hal ini kerana, pokok yang hidup subur di Tanah Haram adalah “'''Pohon-pohon yang diberkati'''”.
 
* 2. Adalah dilarang bagi setiap jemaah [[Haji]] dan Umrah ketika dalam Ihramnya laki-laki dan perempuan untuk memburu,menembak ,membunuh,mengorbankan,menangkap,mengurung,membinasakan dan mengasari setiap haiwan darat yang boleh atau dilarang untuk dimakan.Larangan ini melibatkan setiap jenis haiwan darat,burung dan serangga selain daripada [[haiwan]] [[laut]].
 
Jika seseorang itu memijak atau terbunuh haiwan/serangga kecil seperti [[semut]] hitam kecil,[[belalang]] dan sebagainya dengan tidak sengaja maka dia tidak dikira berdosa akan tetapi ia amat perlu membayar [[Dam]] mengikut nilai serangga yang terhapus.
 
Seseorang itu dibenarkan untuk membunuh haiwan dan serangga yang boleh menyebabkan dia mungkin akan mengalami kemudharatan dan terancam kemaslihatannya dan jemaah lain jika terus dibiarkannya ketika dalam Ihram seperti [[nyamuk]],[[ular]],[[kala jengking]]dan [[labah-labah]]. Dan dia tidak dikenakan [[Dam]]. Namun sebaiknya dia hanya perlu menghalau serangga atau haiwan itu terlebih dahulu sekiranya ada kemampuan bagi dirinya kerana itu adalah lebih baik.
 
== Rujukan ==