Nebula planet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Pada penghujung hayat bintang, ketika fasa [[gergasi merah]], lapisan luarnya akan terkeluar melalui denyutan dan angin najam yang kuat. Tanpa lapisan yang [[legap]] ini, teras baki bintang akan menyala dengan terang dan berada dalam keadaan yang sangat panas. Sinaran [[ultra ungu]] yang dipancarkan oleh teras ini mengionkan lapian luar yang terkeluar dari bintang yang bersinar sebagai '''nebula planet'''.
 
Nebula-nebula planet adalah objek yang sangat penting dalam astronomi kerana mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan [[kimia]] [[galaksi]], mengembalikan bahan kepada medium antara najam yang telah diperkayakan dengan [[unsur berat]] dan hasil [[nukleosintesis]] (seperti [[karbon]], [[nitrogen]], [[oksigen]] dan [[kalsium]]). Dalam galaksi lain, nebula planet mungkin satu-satunya objek yang mampu dicerap untuk mengetahui limpahan kimianya.
 
Dalam beberapa tahun kebelakangan, imej [[Teleskop Angkasa Hubble]] telah mendedahkan banyak nebula planet yang mempunyai bentuk yang rumit dan pelbagai. Hampir seperlimanya hampir [[sfera]], tetapi kebanyakannya tidak simetri. Mekanisme yang menghasilkan pelbagai bentuk dan ciri ini tidak lagi difahami, tetapi [[bintang dedua|bintang pusat dedua]], [[angin najam]] dan [[medan magnet]] mungkin memainkan peranan.
 
[[bn:গ্রহ নীহারিকা]]