Perkara yang dilarang dalam Ihram: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 106:
 
Seseorang itu dibenarkan untuk membunuh haiwan dan serangga yang boleh menyebabkan dia mungkin akan mengalami kemudharatan dan terancam kemaslihatannya dan jemaah lain jika terus dibiarkannya ketika dalam Ihram seperti [[nyamuk]],[[ular]],[[kala jengking]]dan [[labah-labah]]. Dan dia tidak dikenakan [[Dam]]. Namun sebaiknya dia hanya perlu menghalau serangga atau haiwan itu terlebih dahulu sekiranya ada kemampuan bagi dirinya kerana itu adalah lebih baik.
 
 
 
== Hubungan Kelamin ==
 
 
*1. '''Melakukan Mukaddimah (Permulaan/Pendahuluan)kepada Persetubuhan'''
 
Setiap Jemaah (lelaki dan wanita) [[Haji]] atau [[Umrah]] yang dalam [[Ihram]] adalah dilarang untuk melakukan mukaddimah (Permulaan/Pendahuluan) kepada persetubuhan samaada dalam bentuk perkataan, perbuataan, layanan isyarat tubuh atau sebagainya.
 
Namun demikian, adalah tidak dikenakan Dam bagi mereka yang dalam Ihram yang keluar air Mani akibat melihat wanita dan dilamun khayal [[seks]].
 
[[Suami]] [[isteri]] atau [[mahram]]@ [[muhrim]] dibolehkan untuk memegang tangan (bukan anggota sulit) ketika dalam Ihram dengan syarat mereka perlulah dalam keadaan dimana disebut “'''Masyaqqah'''”iaitu: ''Keperluan dengan Tanpa Rasa Syahwat (ingin melakukan seks).''
 
Suami isteri atau mahram adalah dibolehkan untuk berpelukan dengan tujuan keperluan terdesak (bukan ingin melakukan seks) serta tujuan keselamatan seperti kesakitan dll ketika dalam Ihram dengan syarat mereka perlulah dalam keadaan dimana disebut “Masyaqqah”iaitu: Keperluan dengan Tanpa Rasa Syahwat (ingin melakukan seks).
 
*2. '''Melakukan Persetubuhan'''
 
Perbuatan persetubuhan (seks) adalah suatu yang dilarang keras dan mampu untuk merosakkan ibadah Haji seseorang khususnya ketika jemaah itu ternyata dalam keadaan berIhram sebelum [[Tahallul]] Awwal.Keadaan larangan ini adalah berada pada kedudukan dimana:
 
* Sengaja bersama (dengan rela hati) melakukan persetubuhan (seks) tanpa dipaksa
* Tahu hukum melakukan seks ketika berIhram adalah Haram
* Sudah [[Mumaiyiz]] (tahu membezakan perbuatan baik dan buruk yakni bermula sekitar umur 7 atau 9 tahun dan keatas)
 
Apabila telah ternyata suami dan isteri melakukan perbuatan diatas,maka wajib bagi mereka untuk meneruskan baki ibadah-ibadah haji yang belum terlaksana untuk dilaksanakan sesempurna yang mungkin sehingga selesai, dan seterusnya segera mengqadakkan(mengantikan kembali) Haji(pada kali kedua) tersebut walaupun ianya adalah sekadar Haji Sunat(secara umumnya ibadah Haji yang dilakukan untuk kali kedua dan seterusnya,adalah Haji yang dalam kategori Sunat sahaja) kecuali jika ada keuzuran diantara keduanya.Hanya suami yang dikenakan [[Dam]] (Tertib dan Taadil).Kedua-dua(suami dan isteri)perlu memohon keampunan dari [[Allah]] SWT jua hendaknya.
 
Namun, jika berlakunaya lagi bersetubuhan (yang bersambungan dengannya) selepas persetubuhan yang merosakkan Haji pada kali pertama.maka suami dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir) pula.
Jika berlaku persetubuhan selepas Tahallul Awwal tetapi sebelum Tahallul Thani, ibadah Hajinya tidak batal, tetapi suami dikenakan Dam (Takhyir dan Taqdir) pula.
 
Suami dan isteri adalah dibolehkan untuk bersetubuh selepas (kedua-dua jenis [[Tahallul Awwal]] dan [[Tahallul Thani]]) telah dilangsaikan dengan sempurna.Namun lebih afdhal(lebih baik dan digalakkan) untuk menangguh perbuatan tersebut sehingga selesai segala rukun dan aktiviti Haji dilaksanakan.
 
*3.'''Larangan Berkahwin, Mengahwinkan atau Menerima Wakil Kahwin'''
 
Semua perbuatan Berkahwin, Mengahwinkan atau Menerima Wakil Kahwin adalah dilarang sama sekali ketika jemaah itu dalam keadaan BerIhram.Bahkan, aktiviti pra- perkahwinan dan pasca perkahwinan seperti Merisik,Meminang dan Bernikah adalah tidak sah.[[Akad Nikah]] juga dikira [[Haram]].Namun, Orang yang terlibat tidak dikenakan [[Dam]].
 
== Rujukan ==