Teori medan kuantum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9:
Untuk mempergunakan teori kuantum pada teori mereka ini, ketiga-tiga mereka itu menggunakan kaedah [[pengkuantuman berkanun]]. Pada tahun [[1927]], [[Paul Dirac]] memberikan pengolahan yang tekal untuk masalah ini buat pertama kali. Secara tidak dapat dielakkan, teori medan kuantum berasaskan pengolahan kuantum tunggal yang diketahui tentang medan klasik, iaitu [[Elektromagnetisme|medan elektromagnet]]. Teori ini diperlukan disebabkan keperluan untuk mengolahkan satu keadaan di mana ''bilangan zarah berubah'', iaitu apabila sebiji atom akhirnya menjadi sebiji atom dan sebiji [[foton]].
 
Pada peringkat awal-awal lagi, adalah nyata bahawa pengolahan kuantum bagi medan elektromagnet membabitkan kerelatifan. Pada tahun [[1928]], Jordan dan [[Wolfgang Pauli]] menunjukkan bahawa penukar-[[penukar tertib]] medan sebenarnya adalah [[tak varian Lorentz]]. Menjelang tahun [[1933]], [[Niels Bohr]] dan [[Leon Rosenfeld]] telah mengaitkan hubungan-hubungan penukar tertib ini kepada had kebolehan untuk mengukur medan-medan pada pemisahan [[serupa ruang]]. Perkembangan [[persamaan Dirac]] dan [[teori lohong]] mendorong teori medan kuantum untuk menerangkan kedua-dua ini dengan menggunakan idea-idea [[kebersebaban (fizik)|kebersebaban]] daripada kerelatifan. Usaha ini disiapkan oleh [[Wendell Furry]] dan [[Robert Oppenheimer]] dengan menggunakan kaedah-kaedah yang dikembangkan oleh [[Vladimir Fock]] semata-mata untuk tujuan ini. Keperluan ini untuk ''mencantumkan kerelatifan dengan mekanik kuantum'' merupakan unsur kedua yang mendorong perkembangan [[teori medan kuantum]]. Pertalian ini adalah penting untuk perkembangan kedua-dua [[fizik zarah]] dan teori daya-daya berpadu (separa) moden yang kini digelarkan [[model piawai]].
 
Pada tahun [[1927]], Jordan mencuba memperluas pengkuantuman berkanun medan-medan untuk merangkumi fungsi gelombang yang muncul dalam mekanik kuantum zarah. Oleh itu, kaedahnya diberikan nama padanan, [[pengkuantuman kedua]]. Pada tahun [[1928]], Jordan dan [[Eugene Wigner]] mendapati bahawa [[prinsip eksklusi Pauli]] memerlukan medan elektron dikembangkan dengan menggunakan [[pengoperasi ciptaan]] dan [[operator pemusnahhabisan]] anti ulang-alik. Ini merupakan unsur ketiga dalam perkembangan teori medan kuantum — keperluan untuk ''menangani statistik bagi sistem-sistem berbilang zarah'' dengan tekal dan mudah. Unsur perkembangan ini telah digabungkan dengan [[teori banyak jasad]], dan amat mempengaruhi [[fizik jirim termeluwap]] dan [[fizik nuklear]].