UH-60 Black Hawk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Pembangunan
Baris 18:
}}
'''UH-60 Black Hawk''' merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh [[Sikorsky Aircraft]]. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk [[Tentera Darat Amerika Syarikat]] pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai '''YUH-60A''' dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter [[YUH-61]] yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter [[UH-1 Huey|UH-1 Iroquois]] sebagai helikopter pengangkut taktikal.
 
==Pembangunan==
Pada akhir 1960-an, [[Tentera Darat Amerika Syarikat]] mula merangka keperluan untuk sebuah helikopter Sistem Pesawat Pengangkut Utiliti Taktikal (SPPUT) bagi mengantikan helikopter [[UH-1 Huey|UH-1 Iroquois]] berdasarkan pengalaman [[Perang Vietnam]]. Tentera Darat A.S juga memulakan pembangunan enjin turbin [[General Electric T700]] baru untuk helikopternya. Pihak tentera darat memerlukan peningkatan ketara pada keupayaan, ikhtiar hidup dan kebolehpercayaan daripada pesawat SPPUT dan janakuasa.<ref>Leoni 2007, pp. 8-10.</ref> Pihak Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan "Permohonan Cadangan" bagi program SPPUT pada Januari 1972.<ref>Leoni 2007, m/s. 11, 39.</ref> Empat buah prototaip kemudian telah dibina. Helikopter prototaip pertama (YUH-60) telah melakukan penerbangan sulung pada Oktober 1974, dan telah dinilai bersama-sama helikopter dari firma [[Boeing-Vertol]], iaitu [[Boeing-Vertol YUH-61|YUH-61A]]. Sebelum penghantaran prototaip kepada Tentera Darat A.S, a penilaian awal telah dilakukan pada November 1975 bagi memastikan boleh beroperasi dengan selamat semasa ujian.<ref>Leoni m/s. 165.</ref> Tiga buah prototaip lagi telah dihantar kepada Tentera Darat A.S pada Mac 1976, dan sebuah darinya telah disimpan oleh Sikorsky untuk tujuan penyelidikan sendiri. Black Hawk telah dipilih untuk pengeluarkan pada Disember 1976. Penghantaran helikopter UH-60A kepada Tentera Darat A.S bermula Oktober 1978 dan memasuki perkhidmatan pada Jun 1979.<ref name="Eden">Eden, Paul. "Sikorsky H-60 Black Hawk/Seahawk", ''Encyclopedia of Modern Military Aircraft''. Amber Books, 2004. ISBN 1904687849.</ref>
 
Pada akhir 1980-an, model ini telah dinaik taraf kepada UH-60L yang mana memiliki lebih kuasa dan beban muatan dengan pemasangan enjin GE baru model 701C. Pengeluaran model UH-60M pada masa ini akan memanjangkan jangka hayat perkhidmatan helikopter UH-60 sehingga tahun 2020.
 
==Spesifikasi (UH-60L)==