Fara (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 235:
|-
|1
|'''Siapa Hebat'''
|11 November 2008
|Hisham, wakil dari sebuah penaja Konsert Ulangtahun Panas FM, tiba di premis Panas FM untuk menugcapkan tahniah kepada Fara yang menjadi duta produk syarikatnya, tetapi Fara menolaknya lalu mencadangkan Din JJ mengganti tempatnya untuk memaniskan hati dengki rakan sekerjanya. Jimmy memerhati perangai Hisham apabila berdekatan dengan Fara seolah-olah Hisham minat terhadap Fara, jadi warga kerja Panas FM cuba mendapatkan kepastian dengan merapatkan mereka berdua sekali lagi dalam pejabat.
|-
|2
|'''Duta Gelang'''
|18 November 2008
|Fara masih cuba menyesuaikan dirinya dengan kehadiran Hisham yang agak teliti sikapnya. Din pula berbincang dengan seorang ejen [[pemasaran berbilang tingkat]] yang mengaku menjual gelang mujarab, dan hendak dirinya dan Fara menjadi "duta" kepada perniagaan berkenaan. Fara berasa was-was akan perniagaan ini, maka Hisham meminta agar ejen itu membuat demonstrasi. Akhirnya mereka berdua tidak yakin akan keberkesanan produk terbabit lalu mengheret Din keluar dari urusan itu sekali.
|-
|3
|'''Cinta Buta Buta Cinta'''
|25 November 2008
|Fara hampa kerana di tengah jalan memutik perasaan dengan Hisham, rupanya Hisham sudah berpunya. Retak hatinya terubat apabila bertemu semula dengan kawan lamanya Farid di galeri seni. Jimmy kecewa setelah mendapat khabar bahawa kakaknya sudah berputus tunang, atas alasan "cinta tak boleh dipaksa", tetapi lagi teresak-esak kerana tumpang gembira apabila mendapati kakaknya itu mengahwini seroang kawan lamanya.
|-
|4
|'''Panas…Panas'''
|2 Disember 2008
|Panas FM menjemput kedatangan "ketua" penaja rancangan Fara dan Din iaitu Diana, iaitu teman wanita Hisham dan juga anak perempuan kepada majikan Hisham. Diana membuat beberapa tuntutan yang membuat krew Panas FM terasa janggal dan kurang senang gara-gara khuatir akan menjejaskan identiti Panas FM.
|-
|5
|'''Gali Lubang Tutup Lubang'''
|9 Disember 2008
|Pengurusan Panas FM diambil alih oleh pihak penaja rancangan Fara, oleh itu Diana selaku pihak pengurusan baru mengumumkan langkah-langkah drastik untuk mengubah Panas FM termasuk memberhentikan Nordin. Krew Panas FM membantah lalu memujuk Diana untuk menarik balik pemberhentian Nordin, termasuk Fara mengugut untuk sama meninggalkan Panas FM sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Tan Sri Ramli pun muncul untuk meredakan keadaan.
|-
|6
|'''Siapa Bos?'''
|16 Disember 2008
|Diana mencadangkan radio drama disiarkan di Panas FM, tetapi dibantah Hisham, lalu timbulnya perbalahan antara mereka yang dicampuri hubungan Hisham dengan Fara yang menimbulkan perasaan syak wasangka dalam diri Diana. Sunnguhpun dipujuk Tan Sri Ramli yang hendak ke merata dunia, Fara tetap dengan keputusan untuk berpisah dari Panas FM dan mula menerima tawaran untuk berkhidmat di stesen lain. Sewaktu menyaksikan latihan drama radio di rumahnya, Diana menerima panggilan gempar dari [[Mekah]].
|-
|7
|Simpan Rahsia
|23 Disember 2008
|Kematian Tan Sri Ramli menggemparkan seluruh warga kerja Panas FM dan Fara pula tak jadi meninggalkan Panas FM, tetapi Diana yang sepatutnya berkabung makin pelik perangainya. Pada suatu hari, Diana berkongsi rahsia dengan Fara bahawa dia ada teman lelaki kedua, maka menyebabkan Fara tertekan dan berkelakuan pelik di tempat kerja.
|-
|8
|Rahsia Diana
|30 Disember 2008
|Rakan-rakan Fara akhirnya mengetahui rahsia besar yang disimpan Fara, lalu merancang sesuatu untuk mengajar Diana mengenai sikap curangnya. Ketika hendak mengintip rumah Diana, Hisyam bertembung dengan Razif yang bertemankan "Diana", sedar-sedar Diana yang dikenali Razif ini tidak sama dengan Diana yang dikenali Hisyam. Tak lama kemudian, seluruh geng bertemu dengan Sudin, seorang kenalan Din, yang bermesra bersama Diana, jadi bongkarlah rahsia. Walaupun begitu, Diana tidak marah dengan krew Panas FM.
|}
{{endspoiler}}